Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, June 17, 2013

Rayyan 1st Birthday.. :)


Assalamualaikum..


14 Jun yang lepas, Muhammad Rayyan genap setahun. Alhamdulillah.. Cepat je rasa masa ni berjalan. Ingat lagi mama macam mana penantian mama papa nak dapatkan zuriat selama 3 tahun. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.


Doa mama papa hari2, Rayyan membesar dengan sihat menjadi insan yang terpuji, beriman dan berilmu, menjadi anak yang soleh taat pada perintah Allah dan ibu bapa.. Ameen.. Mama papa love you so much sayang!! (tears)






Untuk mama pula, alhamdulillah kejayaan pertama mama dalam melengkapkan misi penyusan susu ibu untuk Rayyan selama setahun berjaya walau diuji dengan pelbagai cabaran. Ada setahun lagi perjalanan untuk mama menyempurnakan tanggungjawab untuk menyusukan Rayyan. Semoga dipermudahkan dan murah rezeki Rayyan.. Ameen..


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)





16 Jun pula birthday mama. Hehe.. Kalau tak, birthday Rayyan dan mama sama sebab due date Rayyan dulu 16 Jun, tapi Rayyan keluar dua hari awal. Hehe.. Papa bawa Rayyan dan mama celebrate birthday di Genting Highland..Tapi kurang best sikit sebab Rayyan masih kecik dan banyak benda Rayyan tak boleh main lagi. Nak masuk main snow pun tak boleh lagi sebab Rayyan belum cukup 90cm. Huhu.. Takpe, papa kata next time kita datang main2 lagi ye..





















Malamnya celebrate birthday mama dengan Sukiyaki yang besttttt sedapppp giler!! Thank you papa :)






Esoknya bertolak ke Cherating pula dan hari ni masih di Cherating. Mini holiday sebelum bertolak balik kampung di Terengganu.. Thank you again papa. We love you so much!!

























Ok, Rayyan nak pegi main laut pula..


HAPPY FIRST BIRTHDAY anak soleh mama.. Mama papa love you more than words can say!!


ps: Ramai yang tegur, Rayyan dah besar, dah boleh bagi adik.. Hehe.. Nanti dulu, tak boleh lagi sebab mama czer.. Tunggu Rayyan dua tahun dulu ye. Hehe..

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: