Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, February 16, 2011

Mee Sotong Hameed' Pata' dan Nasi Padang


Assalamualaikum..


Lama pula rasa tak buat entry pasal makan-makan.. hehehe.. Hari ni yana dengan hubby pergi makan dekat tempat best di Penang. Seperti yang diulangi sebelum ni, Penang memang heaven untuk makan-makan ni.



1.30PM

Yana dengan hubby pergi ke Transfer Road, Penang nak makan masakan Padang. Nama kedai tu Restoran Nasi Padang Minang. Restoran ni share dengan Kedai Kopi International Hotel. Dulu masa arwah abah ada, selalu juga abah bawa mak,yana dengan adik-adik ke sini. Ni antara restoran favourite abah. Restoran ni memang famous, setiap kali datang mesti penuh je..






Lauk-lauk dekat restoran ni banyakkk sangat 
sampai rambang mata nak pilih.. hehehe..










Semua sedap-sedap... nyam nyam.. Tapi favourite yana dari dulu
sampai sekarang bila makan di sini ialah............







Cencaru goreng ni sangat sedap.. 
Tambah-tambah bawang goreng tu.. 
Ikan ni la yang paling laku sekali kat restoran ni.. huhu..
Dari dulu setiap kali datang, ikan ni je yang yana ambil..hehehe..








Ni pula favourite hubby yana.. Sambal cili hijau dan bendi rebus.. 
Sambal ni tak pedas sangat, manis-manis je..








Encik Suami yang sentiasa sibuk walau di mana saja berada..huhu..
Kesian syg, masa makan pun nak kena pikir hal keje..



Pada siapa yang suka makan masakan padang, 
sangat sesuai datang ke sini sebab banyak pilihan, 
sedap-sedap belaka lauknya dan harga pun biasa je.. 
Jom ke Transfer Road, Penang..





5.30 PM


Lepas menghabiskan duit di sana sini, mencari barang-barang rumah huhu... Yana dengan hubby ke Padang Kota, Penang dengan tujuan nak makan satu lagi menu yang sangat famous di Penang iaitu Mee Sotong Hameed Pata. Sapa orang Penang tak kenai mee ni memang tak sah la kan..






Pada yang belum tahu, lokasinya di food court padang kota.. 
Tapi bukan yang dekat dengan laut tu.. 
Food court ni dekat dengan padang..
Berhadapan dengan kota Fort Cornwallis..







Gerai ni dari dulu sampai sekarang
macam ni je walaupun bisnes dah semakin maju..








Inilah mee sotong yang sangat sedap dan pedas..
Sepinggan ni RM4 je.. Apa yang bestnya dengan
mee ni ialah sambal sotong tu yang sangat sedap
dan mee goreng mamak memang dah sedap pun..
Uniknya mee ni sebab di hidangkan di atas pinggan aluminium
yang sememangnya menjadi tradisi tulen masyarakat India masa dulu..







Pakej yang lengkap bila makan mee sotong bersama 
Coconut Milk shake.. hehehe.. Sedap air ni.. 
Gerainya sebelah je dengan gerai mee sotong ni..




Ok, cukuplah Jalan-jalan cari makan versi yana.. hahaha...
Jemputlah datang ke Pulau Pinang dan nikmatilah 
keenakan masakan yang ada di sini.. cewaahh..




No comments: