Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, February 4, 2011

Yana Pula Demam.. Adehhh..


Assalamualaikum..


Hari tu baru je yana posting pasal adik lelaki yana demam.. Ermmm.. faham-faham je la bila sorang dah demam, berkemungkinan besar satu family boleh demam.. Memang betul pun sebab lepas dia sembuh, adik perempuan yana yang kedua tu pula demam.. Lepas dia dah sembuh, adik yang bongsu pula, lepas tu mak yana pula..


Yana dengan mr.hubby baru je ingat yang antibodi kitaorang ni kuat la sebab tak demam pun. huhu.. Alih-alih sekarang yana pula demam. Mr.hubby tak demam.. Semoga bb sihat selalu..


Ni dah masuk hari ke empat tak baik-baik lagi. Adussssss.. Yana ni lama sangat dah tak demam macam ni.. Sebelum ni demam manja-manja je.. Yang paling yana risau di leher yana ada bengkak sikit. Doc kata tu infection, sebab infection tu la yana demam. Macam adik perempuan yana dia pun demam sebab infection..


Kalau demam sebab infection di tempat-tempat tertentu, memang susah nak sembuh kalau tak dapat ubat yang betul-betul untuk virus tu.  Betul ke budak Medic? Yana tak pandai sangat bab ni.. Cuma tengok apa yang jadi pada adik yana la. Macam adik perempuan yana tu, tiga klinik dah pergi, dah makan ubat tak baik-baik juga. Tunggu nak serah diri ke hospital je. Tapi atuk yana bawa dia ke satu klinik ni di Sungai Dua, Doc tu agak terer la boleh detect infection di mana dan virus apa. Lepas makan ubat yang bersesuaian, esok tu sembuh terus.


Nak pegi dekat Doc tu juga tapi sekarang kan CNY!!! uwaaaaa.. Semua klinik tutup lor.. Apa pun, semua Doc ada kepakaran masing-masing. Cuma mungkin rezeki adik yana di situ, doc tu dapat kesan sakit dia..


Andai kata tak baik juga yana ni, kenala pegi serah diri di hospital weekend ni. huhu.. Adehh.. Paling benci pergi hospital. Tapi nak buat macam mana kan.. Kawan-kawan semua.. Please pray for me ya.. Doakan yana cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.. Ameen...


Apa pun, terima kasih sangat pada suamiku yang tak tido lena sebab menjaga yana..  Terharu sangat.. Bb la anugerah paling indah yang Allah telah kurniakan untuk yana.. Yana akan sentiasa berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk bb.. InsyaAllah.. Love you syg..


No comments: