Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, September 22, 2011

Penantian 7 tahun..

Bersyukur dikurniakan kembar 4..




Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.

Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.

“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).

“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.


“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.


Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.


“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.


Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.


“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.

Kredit to> mummynemo

________________________________________________________________________


~ Subahanallah.. rezeki dan hadiah dari Allah kita tak jangka kan.. 7 tahun menanti, akhirnya dikurniakan kembar 4. Tahniah kepada pasangan ini. Allah suruh kita usaha, doa dan tawakal.. InsyaAllah akan ada rezeki nanti. Semoga dipermudahkan juga untuk kami. Tolong doakan kami ye..

4 comments:

shareeda said...

insyaAllah emiey..doa byk2 k..mesti ade rezeki tu..pasti Allah nk bg yg terbaik utk emiey! jgn risau k..

*bestnyeer diye dpt kembar 4! takyah beranak byk2 kali! hihi =)

SaL_HaSa said...

kak emy, insyallah pasti tiba giliran kak emy pula nti..tgk pasangan ni mnunggu 7 tahun, akhirnya Allah kurniakan mereka kembar 4..subhanallah.rupanya Allah memberikan dugaan n penantian utk dia cz nk bg lbh byk rezeki utk dia...byk2 kn doa...nti kita prgnant sesama ye..hehe..cz sal pun sgt mgharap tuk prgnant cepat..insyallah...amin2...

~ L.Y.A.N.A~ said...

sheeda> TQ sooo much.. insyaAllah, Allah lebih tau kan. yg penting usaha dan doa.. smoga kami pun cpt dpt baby, blh kawan dgn baby danial.. hehe

*a'a..dpt 4 sekaligus boleh rest lama2 skit.. bestkan..hehe

sal> ameenn.. insyaAllah. setiap apa yg Allah dah rancangkan utk kta itulah yg terbaik kan. hnya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya. stp kesabaran dan redha pasti ada ganjarannya..dua anak kak emy yg dulu tnggu kat syurga nt.. insyaAllah

tp xpe, wt mse ni kta honeymoon puas2 dulu kan.. hehe. kak emy doakan sal pun cpt dpt baby. ameennn..

♥ p a a n i ♥ said...

wah..kuasa tuhan..subhanallah..