Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, October 18, 2011


Assalamualaikum


Yana kebuntuan idea nak menulis sekarang ni.. hehe.. Dalam mood 'cuba utk bertenang tapi gelisah' macam mana tu?? huhu.. Jumaat ni scan untuk tengok keadaan my little baby.. Rasa macam nak cepatkan je masa ke Jumaat. On the same time rasa nak stopkan masa pun ada sebab takut.. huhu. 


Yana tak nafikan memang dah ada sikit trauma selepas dua kali miscarriage.. Pengalaman yang kalau boleh janganlah berulang lagi.. Tapi, naluri seorang perempuan trauma macam mana pun tetap inginkan zuriat sendiri. Sebab tu la sekarang ni yana happy sebab preggy balik tapi tetap cemas. Selagi tak masuk 2nd trimester selagi tu la akan rasa macam ni. Mujur ada incik suami yg tak putus2 bg support pada yana supaya tak risau2. 


Yana cuba pesan pada diri jangan terbang terlalu tinggi, kelak jatuh akan parah. Tapi yana tak akan putus asa untuk memohon hanya padaNya. Serik macam mana pun, sakit macam mana pun yana tak akan pernah putus asa. Sebab yana yakin, suatu hari nanti akan lahir juga permata hati yang dah lama kami nantikan.


Sekarang ni yana banyak amalkan zikir untuk tenangkan hati dan berserah hanya pada Allah semoga dipermudahkan kandungan kali ini. Semoga rezeki memihak kepada kami kali ini. Semoga yana dapat merasai nikmat menjadi seorang ibu nanti.
Ameenn.. Doakan kami ye..




3 comments:

elidiyana said...

alhamdulillah....

cplud miera said...

AMIIN. MOGA SUMENYA BERJALAN NGN LANCAR YE YANA. DUN WOORY OKEH ;)

simply nana said...

amin...tahniah yea