Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, October 24, 2012

Cabaran Penyusuan Lagi...

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha semua.. Esok baru yana sekeluarga bertolak balik ke kampung.. Raya haji kali ni turn beraya di kampung yana sekaligus tahun ni nak mengadakan akikah putera sulung kami.. :).. Pada yang mengenali yana, jemput ye datang ke rumah berhari raya dan semasa kenduri akikah pada hari Ahad nanti..

Sebenarnya topik lain yang yana nak cerita.. Kadang2 kanvas blog ni menjadi sahabat setia yana untuk meluahkan rasa hati..

Masih bercerita perihal penyusuan susu ibu.. Tak henti2 cabaran dan dugaan yang melanda dalam misi yana untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk Rayyan.. Walaupun masa pantang dulu yana pernah beri Rayyan susu fm atas arahan doktor selama seminggu, selepas kuning Rayyan hilang memang yana hanya memberi bm pada Rayyan sehingga ke hari ini tanpa setitik pun susu fm dan air masak..




Di hujung2 mengandungkan Rayyan dulu, memang yana dah berniat nak susukan Rayyan dgn bm. Yana banyak membuat pembacaan, bertanya pada yang pakar dan membeli segala kelengkapan untuk proses penyusuan nanti. Yana ceritakan juga niat yana ini pada incik suami.. Yana perlu support incik suami untuk merealisasikan matlamat ini.. Alhamdulillah incik suami sangat mengalakkan yana untuk bf Rayyan secara eksklusif.. Lagipun masa antenatal class dulu memang incik suami pun dah belajar selok belok hal penyusuan susu ibu ni..

Tapi...

Seperti yang ramai katakan bahawa bukan mudah untuk melaksanakan penyusuan secara eksklusif. Banyak cabaran dan dugaan perlu diharungi.. Yana sangat2 terkilan bila ada pihak yang sehingga ke hari ini tak henti2 memaksa yana memberi Rayyan air masak walaupun sudah diterangkan kesan dari air masak kepada bayi bawah 6 bulan. Paling yana sedih, bila Rayyan berada bersama mereka disuapkan juga Rayyan dengan air masak walaupun yana dah halang.






Malahan yana dikatakan kedekut kerana hanya memberi Rayyan susu ibu tanpa memberi sebarang makanan tambahan. Bukan isu kedekut tapi isu yana sayangkan anak yana dan atas sebab itu yana tak beri Rayyan sebarang makanan seperti nestum, tepung beras, bubur kerana belum masanya untuk Rayyan menikmati semua itu..

Tak beri anak makan bukan bermakna anak lapar.. Susu ibu Allah dah cipta cukup semuanya untuk keperluan bayi. Dah cukup untuk mengenyangkan perutnya yang kecik tu.. Tak perlu beri bayi air kerana dalam susu ibu dah mengandungi 88% air. Bukti bayi cukup minum adalah beratnya naik ideal dan pampersnya kerap basah.. Alhamdulillah graf berat Rayyan normal hanya dengan susu ibu..




Banyak risikonya jika memberi bayi makan sebelum umur 6 bulan.. Usus bayi sangat kecil dan tak sesuai untuk menampung solid food lagi.. Banyak kes yang kita lihat dengan memberi bayi makan awal ada yang koma, pecah usus, usus berlapis dan macam2 lagi.. Kesian bayi2 tu.. Pada mommies2, tolongla jangan bagi bayi bawah 6 bulan makan terlalu awal.. Sampai masanya nanti bagila diaorang makan sepuasnya. Sekarang bukan masanya lagi..

Pernah dulu ada yang menyuapkan Rayyan kuah masak lemak. Walaupun kuantitinya sikit tapi tetap tak elok untuk bayi 3 bulan makan semua tu. Masak lemak tu dahla bersantan, ada garam gula. Ya Allah bayangkan macam mana perasaan yana sebagai ibu. Bila bersama mereka ada saja benda makan yang nak dicalitkan ke mulut Rayyan walaupun yana dah pesan tak boleh lagi..

Baru2 ni Rayyan nursing strikes, reject susu.. Mereka2 dah mula suruh yana bagi Rayyan makan dengan alasan Rayyan lapar sebab tu reject susu. Paksa beri air masak masih belum habis. Selagi yana tak bagi selagi tu akan berterusan.. Tolonglah, yana tak mahu beri Rayyan makan lagi sebab Rayyan baru 4 bulan. Belum sesuai lagi dengan perutnya dan tolonglah hormati niat yana nak susukan Rayyan secara eksklusif sampai umurnya 6 bulan.. Sekarang Rayyan dah tak reject susu setelah berhari2 yana pujuk. Rayyan dah mula terima direct feed tanpa aksi pujuk memujuk lagi. Alhamdulillah..

Cuba tengok akibat beri bayi makan awal..














"Ya Allah permudahkanlah urusanku untuk menyusukan anakku, murahkanlah rezeki anakku" ameen..


Walau apa jua rintangan, yana nekad akan terus susukan Rayyan secara eksklusif sampai umurnya 6 bulan dan isnyaAllah berterusan hingga umurnya 2 tahun..

Pada mereka2 tolonglah hormati niat yana untuk menyusukan Rayyan dgn hanya susu ibu hingga Rayyan 6 bulan.. Susu ibu adalah hak mereka, jangan halang yana menjalankan tanggungjawab yang dah diamanahkan.. Tolong tolong tolonglah jangan suap anak yana dengan sebarang makanan..
Yana be strong & chaiyok2!!


Mama sayang Muhammad Rayyan sangat2 lebih dari diri sendiri..






Aktiviti menyusu apabila disertai dengan niat yang baik dan mengharapkan keredhaan Allah, tentu akan memberikan hasil yang optimum dengan keizinan Allah. Diriwayatkan bahawa 'Amr Bin Abdullah berkata kepada isterinya yang sedang menyusui anaknya "Janganlah engkau menyusui anak bayimu seperti haiwan menyusui anaknya. Haiwan pun menyusui anaknya kerana kasih sayang. Akan tetapi, susuilah bayimu dengan niat mengharap redha Allah dan agar dengan air susumu ini hiudplah seorang makhluk yang mentauhidkan Allah dan beribadah kepada-Nya" - Petikan dari buku Prophetic Parenting, Cara Nabi Mendidik Anak

- Posted using BlogPress from my iPad


1 comment:

wan.neeza said...

Susu ibu adalah hak anak. Betul sangat2. Tabah ye! Semoga Rayyan membesar sihat dan terpuji :)