Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, July 26, 2011

Laksa Hadyai Alor Setar


Assalamualaikum..

Jumaat ni yana dan suami dah nak berpindah ke KL. Cedihnya nak tinggalkan Kedah.. huhu.. Sebelum tu, yana nak kenalkan sejenis laksa yg sangat sedapppp di Kedah ni.. Kalau di Penang famous dengan laksa janggus di Balik Pulau, Perlis pula famous dengan laksa belut, Kedah ni pula selain laksa Teluk Kechai, ia famous juga dengan laksa hadyai. Nanti di KL tak boleh dah nak makan laksa ni.. hehehe..


Apa yang unik dengan laksa ni ialah kuahnya adalah kuah lemak kuning ikan kembung dan dimakan dengan pelbagai jenis ulam-ulaman. Yana dengan encik suami memang suka makan ulam. Bertambah suka la dengan laksa ni bila sayur2nya semua ulam-ulam je.




Noriah Laksa Hadyai dekat dengan
kompleks PKNK Alor Setar..
RM3 je sebungkus..





Ni la laksanya.. Laksa halus2 je dan kuah
lemaknya dengan isi ikan kembung hancur 
memang TERBAEK!! 





Inilah yg paling besttt.. Setalam
ulam-ulam yg dimakan dengan laksa ni.
Pucuk janggus, ulam raja, daun selom, 
taugeh, hirisan mangga, timun..
Macam2 lagi la..


Unikkan laksa ni..
Yang penting sedappp sangat..
Kalau datang Alor Setar janggan lupa singgah
pekena laksa hadyai ni ye.. :)



1 comment:

azwa amani said...

huhuhuhu..nampak sedao jer laksa tuu