Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, November 14, 2012

Rayyan 5mth dan Persiapan Solid Food..


Assalamualaikum..

Hari ni 14 Nov Rayyan genap 5 bulan .. Alhamdulillah. Semoga Rayyan terus membesar menjadi anak soleh yang sihat dan cerdik ye. Ameen.. December nanti, Rayyan dah 6 bulan boleh start bagi solid food. Sangat tak sabar nak bagi Rayyan makan.

Sekarang pun memang Rayyan suka sangat buat muka teringin bila tengok orang makan. Kadang tu sampai meleleh air liur. Sebab tu la orang nakkkk sangat suap dia makan. Mujur hari2 Rayyan duduk dengan mama kan. Hangin betul sebut pasal ni.. Dengan mamanye yg tegas ni, Rayyan buat mulut teringin macam mana pun mama tak kan bagi selagi belum 6 bulan. Sorry ye syg.. Mama tak bagi sebab mama sayangkan Rayyan.. Sekarang Rayyan minum susu je dulu ye.. Nanti dah sampai masa untuk Rayyan makan, mama masak sedap2 ye kat Rayyan.. (walaupun sebenarnya zero lagi ilmu pasal solid food baby ni). Baru nak belajar..

So, perkara pertama yang perlu yana buat adalah mencari ilmu mengenai pemakanan bayi dan cara sediakan makanan bayi. Ni antara Buku yang yana nak cari:






Ramai ibu2 yang suggest buku hasil tulisan Wardina ni. Banyak mengenai pemakanan berkhasiat untuk anak2 dan juga mengenai kebaikan susu ibu..






Nak cari buku ni juga.. Tengok Dr.Halina selalu rujuk buku ni untuk masak kat Bella nampak macam best dan sedap je..






Tapi untuk 6 months, kena start dengan puree yang lembut2 dulu.. Tengok chart ni.. Sebaiknya start dengan sayur dulu macam carrot. Jangan start dengan buah2 dulu sebab nanti dia dah sedap dengan buah manis2 tak nak dah sayur. Ni antara cara untuk ajar anak makan sayur la.. Dan kalau boleh jangan ajar sangat baby makan nestum sebab nestum tu ada kandungan gula. Ingat lagi doktor pesan kalau boleh elakkan garam dan gula untuk baby bawah umur setahun..





Prinsip pemberian makanan bayi:

1. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur enam bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur dua tahun .
2. Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia enam bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga. Tingkatkan amaun makanan mengikut umur.
3. Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap.
4. Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta keupayaannya.
(Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi. Pada umur 12 bulan, kanak-kanak boleh makan makanan keluarga.)
5. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.
Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial.
6. Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat.
7. Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.





Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan pepejal jika dia:

1. Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
2. Duduk dengan baik apabila dipegang
3. Melakukan pergerakan mengunyah
4. Telah naik berat badan secara sihat
(Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya)
5. Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
[sumber: babycenter.com.my]



Step kedua bila nak start solid food adalah dengan mencari barang2 untuk persediaan menyediakan makanan bayi. Yana baru survey apa yang perlu.. Incik suami balik dari outstation nanti baru boleh pegi beli..


Bamboo seat untuk baby.. Rayyan dah pernah try duduk dalam ni masa pergi Butik Tateh baru2 ni..










Atupun high chair ni..






Food processor pun. Jangan pula campur dengan blender kita yg dah blend sambal belacan tu. hihi..






Avent punya macam best je dan macam senang nak guna.. Tak payah steam kat periuk baru masuk blender. Semua sekali harung je.. Untuk yg banyak travel mcm yana ni elok beli yg 2 in 1 ni boleh la nak buat kat hotel nanti.. Tak payah dapur bagai..





Little Bean pun macam ok juga..






Beaba ni lagi la bestttt.. Tapi harganya mak aii.. Boleh beli sebijik stroller lagi. Huhu..

Feeding range pun kena ada. Yana berkenan sangat dengan brand Momma ni sebab cute sangat. Huhu






Boon squirt ni pun best. Tak payah nak basuh banyak2 benda kan. Satu ni je. Incik suami pun suggest yang ni.. Tapi nak cari kat mana ek? Huhu






Food tray pula untuk simpan segala puree tu. Bagi jadi frozen puree macam buat frozen ebm tu. Bila nak bagi kat baby, masuk je puree tu dalam warmer.











Homemade baby food adalah lebih baik dari yang beli di kedai. Yang di kedai tu duduk dalam botol berbulan2 di rak tu entah apalah yang ada dalam tu. huhu..






Rayyan... Rayyan yang nak makan tapi mama pula yang tak sabar nak bagi anak mama ni makan. Hehe.. Sebulan lagi ye syg. Sekarang bagi mama cukupkan ilmu di dada dulu..

Pada yang tak sabar teramat sangat nak bagi Rayyan makan macam2 tu, sila sabar ye.. Sebulan je lagi ok. Itupun start dengan yg lembut2 dulu ye.. Jangan pula bagi Rayyan makan nasi goreng belacan lecek ok.. Haihh susah hati ni.


Boleh rujuk sini mengenai Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dari KKM.. Macam biasa nak buka sila copy paste link ni ye..


http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/GPBaby.pdf

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: