Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, November 1, 2012

Majlis Akikah Rayyan


Assalamualaikum..

Sejak yana dalam pantang lagi incik suami dah plan pasal akikah untuk Rayyan cuma kengkangan masa menyebabkan tak dapat melaksanakan pada hari ke-7. Oleh itu, akikah untuk Rayyan buat pada hari Raya Aidiladha berserta kenduri sekali..

Takrif Akikah:

Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”



Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat.


Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi) 


Daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak. Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah menyatakan bahawa:

“menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” 


Tempoh menyembelih korban hanya 4 hari dalam setahun, iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sedangkan menyembelih haiwan aqiqah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut, bahkan dapat dibuat pada mana-mana hari yang sesuai..

Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, manakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun hijrah.


Kadar Haiwan Akikah dan Masa Akikah:

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
  • Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya: “Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
  • Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.
  • Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
  • Malik, Asy Syafi’e, Ahmad dan jumhur ulama berpendapat, aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (sama seperti ibadah korban). Juga dibolehkan seekor unta atau seekor lembu misalnya dikongsi sehingga tujuh orang walaupun ada bahagian daripada lembu atau unta itu bukan untuk aqiqah.
  • Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).
  • Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya.
  • Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.


 
Lembu untuk akikah Rayyan..
Sembelih pada pagi Aidiliadha selepas solat raya.
Incik suami yang pergi uruskan sebab mama ni tak 
kuat semangat nak tengok sembelih2 ni.. hihi.. 


Pada hari ketiga Aidiladha baru diadakan kenduri. Memikirkan masa yang sesuai untuk tetamu datang, marhaban, katering dan sebagainya. Terima kasih yana dan incik suami ucapkan pada yang sudi hadir ke majlis kenduri akikah Muhammad Rayyan :)



Majlis bermula dengan marhaban, berzanji, selawat ke atas Nabi. Disusuli dengan berendoi dari Kumpulan Marhaban Al-Hasanah..










Berendoi takde dalam plan majlis. Cradle swing tu bawa balik
untuk bagi Rayyan main. Semua orang kata alang2 buat je
berendoi sekali.. haa, ni berendoi yg tak payah dihayun.. hihi..
Mama, maktok dan tokma menemani Rayyan masa majlis berendoi.
[Gambar yg lain di Facebook]


Yana suka syair berendoi ni.. Memang touching sangat. Ada jugala yang menitiskan air mata masa ni.. hehe.. Rayyan pun diam je masa ni macam faham je.. hihi


Syair Berendoi

Bismillah itu permulaan nama
keadaan zatnya bersama-sama
menzahirkan zat menyatakan asma
khadim dan taat sedialah lama

Wahai segala anaknya Adam

asal dan Wahi Nurul khatam
dipecahkan empat zahirnya Adam
dipecahkan pula sekelian alam

Rahim bapamu turun ke ibumu

empat puluh hari Nutfah namamu
lapan puluh hari Alakah namamu
seratus dua puluh hari Masfah namamu...

 Empat bulan sampailah tuan
sudah menjadi kaki dan tangan
cukuplah dengan sifat sekalian
nyawanya belum lagi didatangkan.

 Sampailah sudah saat dan waktu
datanglah nyawa lalu bersatu
di dalam tubuh tempatnya itu
hawa dan nafsu sudah berlalu.

 Dikandungkan ibumu sembilan bulan
lebih dan kurang tiada ditentukan
melahirkan dikau beberapa kesakitan
beberapalah pantang minum dan makan.

Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat
Bapamu pantang terlalu berat.

Bapamu itu kerasnya pantang

Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang
Takut akhirnya cederanya datang.

Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.

Bidan pun datang tiadalah lambat

Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

Sakit ibumu tiada terkira

Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.

 Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.

 Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.

Memelihara engkau terlalu sudah

Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.

Dijaga engkau tidak terperikan

Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.



Selalunya mengikut adat kita bila ada majlis akikah, akan disertai dengan upacara cukur jambul.. Tapi yana tak buat cukur jambul sebab Rayyan dah cukur habis sampai botak masa yana dalam pantang. 




Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis:


“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” 
[Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

 
Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan  kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam.


Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.  [Sumber: HafizFirdaus.com]


Oleh itu, jangan sayangkan rambut anak dengan menguntingkan atau mencukur sebahagian rambut sahaja..


Okla, Dah selesai semuanya tetamu mula menjamu selera.. Majlis akikah Rayyan ni, mama papa hidangkan nasi daging bersama daging rebus dan air asam, sup tulang, gulai daging, ayam masak merah, jelatah, ulam2 dan sambal belacan.. Selepas asar, diadakan pula majlis doa selamat..





Terima kasih kawan2, kakak2, aunty2, uncle2 
yang datang ke kenduri akikah saya :)


Alhamdulillah selesai sudah majlis akikah Rayyan.. Semoga Muhammad Rayyan membesar menjadi anak soleh yang sihat dan cerdik.. ameen..



PS:

Malamnya masa sembang2 dengan incik suami yang keletihan menguruskan kenduri di siang hari..

Papa: Baru rasa jadi tuan rumah handle kenduri. Letihnya.. Macam mana la nanti kenduri Rayyan kahwin ye?

Mama: hahaha.. Jauhnya papa pikir.. :)



No comments: