Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, December 31, 2012

Penyediaan Puree Kurma untuk Baby 6 Bulan..



Assalamualaikum..


Cerita pasal solid food untuk Rayyan lagi.. Baru2 ni yana introduce Rayyan dengan puree broccoli dan mengikut 4 day rules. Broccoli antara sayur yang boleh diberi kepada bayi sejak 6 bulan lagi. Alhamdulillah Rayyan takde alergik dengan broccoli. Risau juga masa mula nak bagi sebab ada sesetengah baby alergik dengan broccoli ni.. Yana pun memang harap sangat Rayyan tak alergik sebab sangat sayang kalau tak boleh makan sayur broccoli. Sayur ni sangat bagus, anti oksidan..









Senang sangat penyediaan puree broccoli.. Potong2 broccoli, steam dan kisar.. Siap!! Paginya yana bagi Rayyan makan puree broccoli campur susu ibu dan dinner yana bagi Rayyan bubur campur broccoli.. Yummy!!


Hari ni pula yana introduce Rayyan dengan makanan sunnah nabi iaitu buah kurma. Kurma juga antara buah yang boleh dijadikan solid food untuk baby dari 6 bulan lagi. Kurma sangat bagus untuk bayi sejak dilahirkan lagi dah ditahnik dengan kurma. Kalau baby sembelit cubalah bagi makan kurma (baby 6 bulan ke atas ye baru boleh makan)..


Cara penyediaannya pun sangat senang..



Sediakan kurma..










Buang kulit kurma sebab nanti lekat di lelangit baby. Buang juga biji kurma..










Lepas tu steamkan dan kisar sampai halus.. Kalau guna blender Philips Avent ni, air dalam 150ml.. Yana buat banyak boleh simpan dalam fridge. Buat frozen puree macam EBM tu,.
















Tapis dan campur dengan susu ibu.. SIAP!!! Yummy!!









Saya tak sabar nak mamam la.. :)



Ok, malam ni kita dah melangkah ke tahun 2013.. Semoga tahun baru ini akan menjadi lebih baik dari sebelumya.. Ameen.. Apa azam tahun baru korang? Bagi yana sama macam azam sebelum ni, berusaha untuk jadi seorang Muslimah, isteri, ibu dan anak yang lebih baik.. InsyaAllah..











- Posted using BlogPress from my iPad


1 comment:

N.Aima K said...

terima kasih infonya :)