Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, February 22, 2013

Butter Chicken Porridge for Baby..


Assalamualaikum..


Hari ni seharian yana di dapur.. PIL datang ke rumah, yana masak special2 sikit especially untuk adik ipar yana yang dah nak fly balik ke New Zealand untuk sambung pengajiannya.. 2 tahun lagi kita jumpa balik ye, insyaAllah..


Pagi2 yana dah sibuk proses daging, rebus daging untuk buat beef stew dan daging goreng kicap. Papa pula request sambal tumis ikan bilis petai. Rayyan, adik ipar yana tolong jagakan sementara mama sibuk di dapur. Hehe..


Sementara tunggu daging empuk, yana siapkan lunch Rayyan pula. Baru je dapat resepi chicken butter untuk baby 8mth dari seoarang sahabat.. Maaf tak sempat snap gambar step by step sebab kalut nak masak macam2.. Sempat snap gambar ni je sebelum Rayyan ngap.. Hehe


Butter Chicken Porridge with Peas..






Bahan2:

Bawang merah holland
Bawang putih
Stock ayam
Isi ayam (yana amik bahagian dada)
Unsalted butter (baby tak boleh makan garam lagi)
Puree baby peas
Puree kurma



Cara2:

Masukkan satu sudu teh butter
Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan
Masukkan isi ayam dan tumis sampai ayam masak

Di kuali lain, masak bubur bersama stock ayam dan puree peas
Masukkan sedikit puree kurma untuk rasa manis
Bila bubur dah masak masukkan ayam tadi bersama bawang2..

Akhir sekali kisar kasar bubur tadi..
SIAP!!



Butter chicken tu membuatkan bubur rasa lemak2 sikit. Semangkuk kecik atas tu habis Rayyan mamam. Alhamdulillah.. Esok mama masak sup ikan merah versi baby pula ye untuk Rayyan.. Nyam2..



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: