Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, February 20, 2013

Homemade Stock Ayam untuk Baby..

Assalamualaikum..


Setelah yana intro Rayyan dengan ikan, sekarang yana intro Rayyan dengan ayam pula..


Yana mulakan dengan buat stock ayam untuk Rayyan. Air rebusan ayam ni bertujuan untuk memberi rasa yang lebih sedap dalam bubur2 baby.. Stock ayam untuk baby tanpa garam ye.. Tapi tetap umphhh.. Air rebusan ayam yang dimasak hampir 4 jam memang sangat sedap. Kalau ikut orang lain ada yang buat sampai 7-8 jam..


Air rebusan ayam ni ade gelatin, campuran protein yang senang dihadam oleh baby. Gelatin berasal dari collagen yang boleh didapat kulit, tulang, otot sendi.








Stock ayam untuk Rayyan in the making.. Dah siap nanti boleh simpan dalam fridge macam kita simpan stock puree dan Ebm tu.. Bila nak guna nanti amik je..







Bahan2:

Bawang Holland (untuk Rayyan yana guna bawang jenis ni)
Ayam bahagian tulang temulang
Rempah 4 beradik
Celery
Leek
Carrot



Caranya:


Sangat senang iaitu campak je semua sekali dalam periuk.
Masak sampai isi2 ayam luruh dari tulang. Tambah air bila air dah makin kurang.
Masak sampai agak pekat.
NO GARAM & GULA OK!

Bila dah sejuk, tapis buang bahagian lemak2 dan pepejal2.. Dan boleh masukkan dalam bekas untuk simpan dalam fridge. Isi ayam boleh simpan untuk tabur dalam bubur baby nanti.




Lunch Rayyan dengan ayam + pumpkin







Yana campurkan bubur Rayyan dengan stock ayam, pumpkin, carrot, puree kurma untuk rasa manis dan tabur dengan isi ayam.. Lepas tu blend (gambar atas belum blend lagi)..


Lajuuuuuu je Rayyan mamam bubur rasa ayam.. Sebelum ni bubur tawar2 je.. Hehe..


Sejak yana intro Rayyan dengan labu dan Rayyan pun ok. Dalam seminggu mesti 2,3 kali yana akan bagi Rayyan mamam labu. Labu makanan sunnah nabi dan punya banyak khasiat..




* Antaranya adalah beta karotena yang bertindak sebagai agen antioksidan yang dikatakan telah menunjukkan khasiatnya bagi memperbaiki fungsi imun dan mampu mengurangkan risiko penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Buah labu dikatakan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang tinggi, termasuklah beta karotena, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, kalium, natrium, zink, selenium, niasin, folat, karbohidrat dan vitamin A, B1, C dan E. Dikatakan satu cawan labu mengandungi kira-kira 50 kalori dan 3 gram serat. Nutrisi yang terkandung menjadikan labu kuning berkhasiat meningkatkan lagi kekebalan tubuh. Labu juga berupaya mengubati penyakit ringan seperti demam, migrain, cirit-birit, penyakit ginjal, gout serta membantu menyembuhkan radang.



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: