Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, February 25, 2013

Sup Ikan Merah with Zucchini & Butternut Pumpkin for baby 8mth..


Assalamualaikum..


Dah keje menulis resepi baby pula sekarang ni. Hehe.. Baru2 ni yana masak sup ikan merah untuk Rayyan.. Yana mulakan dengan intoduce Rayyan ikan salmon dan sekarang dengan ikan merah pula. Rasanya Rayyan lagi suka ikan merah dari ikan salmon. Ikan salmon Rayyan suka buat aksi2 nak termuntah, tapi ikan merah laju je dia mamam..


Sup Ikan Merah + Zucchini + Butternut squash pumpkin.. Baby 8mth dah boleh introduce zucchini dan pumpkin masa Rayyan 7mth yana dah bagi..





Pada yang tak kenal Zucchini tu, ni rupanya.. Nampak macam timun, tapi rasa macam carrot je.. Better amik Yellow Zucchini sebab yang Green macam pahit sikit.. Dekat Jusco ada jual, Tesco pun ada tapi tak selalu la nak jumpa..







Yang ni pula butternut pumpkin.. Yana dah bagi Rayyan labu manis bulat tu.. Saja nak cuba pumpkin ni pula.. Rasanya jauh lebih manis dan harganya mahal sangat dari labu biasa.. Seketul tu saja RM10.. Hukhuk..







Bahan2:






Pure olive oil
Ikan merah
Bawang besar holland
Bawang putih
Yellow zucchini
Butternut pumpkin



Cara2:

1.Tumis bawang besar dan bawang putih dengan pure olive oil.. Bukan yang virgin olive oil ye.. Yang virgin guna untuk renjis2 je..
2. Masukkan air dan campak je semua dalam periuk kecuali ikan
3. Bila sup dah mendidih baru masukkan ikan..
No garam dan gula ye untuk baby
SIAP!!

Di kuali lain siapkan bubur untuk baby. Yana campurkan bubur Rayyan dengan puree kurma untuk rasa manis..



Campurkan semua bahan yang dah siap di masak dalam bubur..









Bila dah dikisar.. Dan siap untuk baby mamam..













Comotnye budak tecik ni mamam.. Sampai kena buka baju supaya tak bertambah comot.. Hehe..


Nanti yana tunjukkan cara sediakan baby food untuk travel pula, insyaAllah.. Kejap lagi nak ke Pantai Hospital untuk check up hasil demam hari tu.. Hope semuanya makin ok.. Doakan yana ye.. :)



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: