Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, April 12, 2011

Port Dickson part.1


Assalamualaikum..


Ahad pagi baru-baru ni yana dengan hubby bertolak ke Port Dickson atas urusan kerja.. Bukan nak pegi bercuti semata-mata.. Cuma, sambil menyelam minum air la..hehehe.. Ni pun boleh la di anggap mini honeymoon.. Kelebihan pasangan yang takde anak lagi, boleh pegi bejalan je.. ke mana-mana berdua je kan.. huhu (statement nak sedapkan hati je ni..huhu)


Sepanjang perjalanan yang agak menyeramkan kerana dihujani dengan hujan yang teramat lebat.. Banyak pula accident masa tu.. Alhamdulillah perjalanan kami sampai dengan selamat..


Boleh tak nak buat review pasal hotel.. Asyik review pasal makan je.. hehe..


Ok, pada yang nak bercuti di Port Dickson, yana suggestkan pegi lah Avillion Admiral Cove Hotel.. Ini kerana, hotel ini antara hotel baru di PD.. So, masih segar dan cantikla.. Tambahan pula hotel ni betul-betul tepi laut.. Sape nak feeling2 duduk kondo tepi laut macam di Gurney Drive tu bolehlah duduk di sini.. Kalau nak beli kondo kat Gurney tu, berjanggut pun belum tentu mampu kan..huhu..










Ni gambar dari web.. Yana tak pandai 
nak snap gambar nampak full gini..


Kitaorang ambil Straits Studio Room..
Bilik ni betul-betul mengadap laut.. Buka je pintu balkoni
tu terus nampak laut.. Rasa tenang je bila boleh
tengok laut lama-lama gini..





Dari pintu masuk..
Ni hasil yana snap.. Sungguh tak pro.. Lagi pun
snap guna HTC Legend je..Bukannya guna DSLR.. hehehe..






Suka lepak sini.. Buka sliding doors tu luas-luas..
Nampak laut terbentang luas depan mata
di sulami angin yang sepoi-sepoi bahasa..cewahh..hehe












View dari balkoni bilik di tingkat 8 pada malam hari..
Nampak kapal-kapal mula berlabuh..
Ni pun hasil snap bukan dari DSLR..
So, cengini la hasilnya..
Nampak suram-suram manja je..huhu






Baru nampak clear di siang hari..






Tenang je rasa bila tengok laut..
Melihat laut adalah di antara yang
boleh mendatangkan pahala.. Allahuakhbar

Melihat laut sambil memuji kebesaran Allah..
Saat kita memuji melihat kebesaran Allah,
sudah ditambahkan pahala..




Banglo 3 ketul tu tak tau la hotel punya ke tak..
Rasanya tak.. Dasyat nye rumah di kelilingi laut..






Breakfast time.. Kitaorang cari sudut-sudut tepi laut lagi..
Tapi perlu berhati-hati dengan burung-burung 
yang sedang berterbangan..hehehe..







Nak enterframe juga benda makan kan..hehehe..
Dah sampai masa lunch, kitaorang lunch di hotel ni je..
Yana lupa apa nama fried rice ni..
Tapi, harga tak setimpal dengan rasanya..
RM35, tapi biasa-biasa je rasanya..huhu


... Ok, tamat sudah part 1.. Takde gambar personal
sebab En.Suami tak bagi upload di blog..huhu.. Kitaorang
pun tak berkesempatan nak jalan-jalan di laut lagi sebab hujan..


Sape yang datang bercuti di Port Dickson,
Hotel ni antara yang terbaik dan cantik.. 
Layanan pun bagus dan harga pun setimpal 
dengan level 4 star nye.. Kalau datang
masa bukan cuti sekolah, raya dan sebagainya..
Harganya lebih murah..



OK.. TAMAT PART.1


2 comments:

NM02 said...

mmm... best jugak hotel ni ye.. ai tunggu part 2

Anonymous said...

menenangkan btoi...ish2..nk p...ehehee...(eli diyana)