Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, April 28, 2011

Real vs Fake


Assalamualaikum..


Malam semalam sape ada tengok rancangan 360 di TV3? Topik mengenai barang tiruan.. Yana tertarik dengan topik kali ni especially bila tunjuk mengenai handbags.. Sebabnya, I am a handbag lover!! hehe..





Ok la, bila tengok rancangan semalam.. Banyak betul penjual fake designer handbags ni di serata tempat. Yana tak tahu nak komen apa mengenai barang2 fake ni.. 


Yana sendiri pun pernah terlibat membeli fake designer handbags ni di Feringghi masa zaman belajar dulu. hehehe.. Tak silap yana, beli dalam RM80 untuk Louis Vuitton.. hehehe.. Sekali tu je yana beli sebab RM80 masih mahal untuk seorang pelajar masa tu.. Beg tu pun, yana dah bagi pada nenek yana.. huhu Sekarang tak terlibat lagi..


Bagi yana, kalau kita beli barang2 tiruan seperti designer handbags ni, kita dah secara tak langsung menyokong buruh kanak-kanak. Kesian diaorang dipaksa bekerja untuk buat barang2 tiruan ni.. Lagipun, niat tak menghalalkan cara.. Beli barang tiruan sebab tak mampu nak beli yang asli bukankah tak elok juga.. Penat2 designer tu mereka cipta.. Tapi, pihak yang tidak bertanggungjawab pula mengaut untung.


Apa pun, tepuk dada tanya selera. Bagi yana, beli lah ikut kemampuan. Kalau tak mampu nak beli Louis Vuitton, Gucci, Channel yang asli, boleh pilih brand lain yang mampu milik dan tak kurang hebatnya seperti Guess, Carlo Rino, Baby Phat dan lain-lain lagi..


Ok, jom tengok macam mana nak spot fake Louis Vuitton (setakat yang yana tahu).. Channel ke Hermes yana tak pandai nak spot sebab tak mampu lagi nak beli.. hehe..



1. Mestilah harganya kan.. Mana ada LV yang di jual dengan harga RM80 macam yang yana beli suatu masa dulu tu.. hehe.. LV original selalunya dalam lingkungan RM 1K ke atas hingga RM 5K ke atas untuk jenis LV Monogram..





2. Mestilah juga lokasi yang dijual.. LV ada banyak butik di serata dunia dan di Malaysia boleh di dapati di KLCC, Bukit Bintang, The Garden.. Kalau yang fake di jual di pasar malam dan yang famous seperti di Golok macam yang dipaparkan di TV3 semalam.



LV Bukit Bintang







LV boleh juga di dapati secara online seperti di ebay (berhati-hati membeli designer bag di ebay sebab kebanyakannya fake!). Boleh juga di dapati di web LV sendiri iaitu http://www.louisvuitton.com/ . Di website LV sendiri mestilah original dan macam2 design ada..


Selain itu, boleh di dapati di Princess Victoria's Stylo Closet. Di sini, semuanya memang original dan bukan saja LV.. Malahan brand lain juga sepeti Gucci, Channel, Coach dan lain-lain juga ada. Yana pernah beli handbag dari sini dan memang puas hati..


Ada lagi.. hehe.. Kalau nak beli yang perloved, boleh berurusan dengan Glampot Boutique. Situ pun macam2 brand ada dan kualitinya excellent!! Boleh juga ke butiknya di Damansara..



3. Kualiti material handbag itu sendiri.. Kalau yang original boleh lihat struktur leather nya. Leather LV original sangat lembut, tetapi yang fake keras dan kasar je.. Memang boleh rasa bezanya bila disentuh.




Warna leather tu pun adalah light tan dan akan berubah warna menjadi dark brown sikit bila dah lama pakai. Cantik ok, bukan buruk.. huhu.. Perubahan warna tu menunjukkan ianya leather yang asli. Tapi kalau yang fake, pakai bertahun pun warnanya sama je..



Yana dah pakai LV Montorgueil ni hampir dua tahun..
Cuba tengok leathernya dah jadi dark brown..







4. LV original datang berpakej iaitu dengan box, dustbag, paperbag.. Fake LV pula datang dengan plastik sana sini seperti handlenya dibalut plastik..









5. Setiap LV beg akan disertai dengan date code. Boleh di dapati dalam atau di luar beg. Ianya terdiri dari dua huruf dan 4 angka.



Beg yana ni, date code dia terletak di belakang
poket beg. Camera yang tak canggih ni tak 
dapat fokus clear dekat num iaitu AR1048.

Macam yang yana kata tadi, code dia dua huruf, 4 angka..
Huruf mewakili negara mana beg tersebut dibuat, manakala
angka mewakili month/year of the production date..
Macam kod di atas AR adalah dibuat di France..




VI juga mewakili ia diperbuat di France..



Fake LV pun ada date code tau.. hehehe..
M6 stand for what?? Takde code country yang
mewakili M6 dan LV code bukan terdiri
dari lima angka..



6. Logo stamp pada LV. Kalau yang original, bila sentuh atas logonya tak rasa apa tekstur pun (yana tak tau teknologi yang LV gunakan)..


Ni logo stamp LV original. Cuba tengok huruf Louis Vuitton itu sendiri. Kemas je.. Bagi yang original, kaki huruf 'L' pendek je.. 'O' nya juga sangat bulat bukannya oval shape. 

Part lain yana tak khatam lagi.. hehe..





Ni pula logo stamp fake LV. Boleh nampak tak bezanya? Logonya tak kemas..Huruf 'L' nya sangat tak clear dan kaki 'L' panjang..Paling ketara pada huruf 'O' yang berbentuk oval. Huruf 'N' dan 'S' tebal sebelah.




Setakat tu je yang yana tahu.. Apa pun, macam yang yana kata tadi, tepuk dada tanya selera. Belilah ikut kemampuan.. Kalau tak mampu memiliki designer beg seperti LV, Gucci, Salvatore Ferragamo, Prada dan lain2 lagi.


Masih lagi boleh membeli designer beg yang mampu milik seperti Guess.. Guess tak kurang hebatnya. Designnya sangat up to date. Baby Phat from Kimora Lee Simons pun sangat cantik.. Suzy Smith London pun cantik dan semua harganya dalam lingkungan mampu milik..



Guess


Baby Phat



Suzy Smith London dustbag



Suzy Smith London


Apa pun macam yang yana kata tadi, beg tiruan ni kebanyakannya dibuat oleh buruh kanak-kanak. Jangan menyokong industri macam ni. Senang cite, duit yang ada simpan untuk keperluan masa depan.. Beli beg ni membazir je kan.. kan.. huhuhu.. (nasihat pada diri sendiri..hehe)


ps: baru perasan tak publish lagi entry ni semalam..

10 comments:

Mek Norfa said...

beli lah mengikut kemampuan msg2..hehe

qellissa said...

selalu beli barang kat princessvictoria tu,mmg confirm ori..hihihi...pada i klu x mampu pakai LV, Gucci , hermes..tak payah lah pakai yg tiruan..better beli guess ke, carlo rino ke..dr pakai yg tiruan kan kan kan..

~ L.Y.A.N.A~ said...

yeah!! 100% agree with u qellissa

shasha said...

i nak tanya ada sape2 yg ingat tak nama factory outlet kat bandung yg dlm 360 tu,i dah search tapi tak bleh nak jumpa,search youtube pon blom masuk lagi issue pasal brg branded.kalau ada sape2 yg th,tlg reply ye..tq

shasha said...

hai ada sape2 yg ingat tak factory outlet di bandung dlm 360,i dah search but i tak ingat and bukak youtube 360 pasal isu tu blom masuk lagi,kalau ada sape2 ingat atau th psl inform i.tq

leeza said...

shasha..mg byk F.O kt Bandung tu..ni i listkn serba sikit yg i igt..
Rumah Mode, Glamour, Blossom, Happening, Grande, Terminal Tas, Heritage, Natural,Level,Merdeka n byk lg laa..

leeza said...

byk ssgt tp ni sebahagiannye yg i igt..
Rumah Mode
Heritage
Glamour
Grande
Blossom
Natural
Happening
Terminal Tas
Level
Bandung Super Mall pn still ok lg..sekian

Shima Latif said...

Salam sis yana..sy just nak bertanye je sy ni mmg peminat LV dr dulu dan mmg bnyk koleksi LV ori...cume sy nak tanye sis yana pakai lv montorgueil ni saiz ape ye? PM OR GM? Boleh bg pendapat x beg sesuai sauz ape kalau bersaiz xs dgn s? Confuisssss....help me sis

Anonymous said...

slm sis..sy ade belikan hdbg LV y bundle,tp sy xthu n xblh nk cam ori or x.klu ikut kn org y jual 2 mmg lh dia akn ckp ori..klu xde tag kt dlm2 kire cmne lak sis?mmg totaly x ori lh yer?y len2 2 cm dh menepati ori,ble part tag kt dlm 2,xde la plak

~ L.Y.A.N.A~ said...

Wasalam.. Tag mcm mne sis? Tag number code ke? Kalau was2 tp ada number code dlm beg blh check di butik utk tau ori ke x. Beg ori akan ada dgn code number utk stp lv beg. Kalau xde tag code number tu maybe fake