Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, January 17, 2013

Puree Peas untuk Baby 7 bulan..



Assalamualaikum...


Cakap pasal solid food baby lagi.. Yana ni dah bagi Rayyan makan puree apple, carrot, broccoli, avocado, kurma, pisang, potato, sweet potato dan juga bubur nasi.. Alhamdulillah dengan 4 day rules, Rayyan boleh terima semua senarai fruits dan veggie tu tanpa sebarang alergic.. Pear je yang Rayyan tak sesuai sebab nanti batuk..


Antara semua tu favorite Rayyan adalah carrot, pisang dan kurma.. Laju je bila nak suap.. Kalau bubur campur carrot dan sedikit susu ibu, semangkuk kecik tu Rayyan boleh habiskan.. Hehe.. Bagus anak mama, belajar makan sayur dari kecik ye..


Tapi kalau bagi apple, Rayyan makan sikit je.. Avocado lagi laaa, Rayyan luah terus.. Last2 mama amik buat mask.. Hehe.. Tapi kalau campur avacado dengan pisang laju je Rayyan makan. Ni pun yana belajar dari group HSFFYB..


Ok intro yg panjang kan.. Jom tengok menu baru yana sediakan untuk Rayyan hasil belajar dari buku, tanya doktor dan tengok di group HSFFYB..


Puree kacang peas.. Serius sedap!! Manis je kacang ni.. Rayyan suka peas ni laju je makan, mama tumpang sekali.. Hehe.. Tapi, baru hari pertama yana try bagi Rayyan makan ni.. Ada lagi 3 hari untuk tengok reaksi Rayyan..







Cari baby peas ni. Boleh jumpa di Tesco dan Giant.. Agak mahal juga sepaket ni rm13..








Comel kan? Hehe.. Basuh dan buang kulit peas ni sebab tak hancur masa blend, nanti lekat di lelangit baby.. Agak renyah sikit la.. Huhu







Steamkan.. Untuk pengguna blender Avent ni, air dalam 150ml







Dan blend-kan.. Mama pun rasa sikit.. Sedaaappp!! :)







Lebihannya simpan dalam fridge..







Penuh dah dengan stock puree Rayyan.. Kalau peas ni ok, next menu yana nak cuba labu manis pula.. Labu makanan sunnah nabi elok kita amalkan.. Lepas tu yana takde idea lagi.. Hehe.. Next month, Rayyan masuk 8mth boleh dah cuba bagi ikan, ayam..




- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: