Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, January 4, 2013

Saya Nak Kurus!


Assalamualaikum..


Ok, entry paling poyo di awal tahun. Hehe.. Kuruskah saya? Oh tidak.. Rasanya dah bertahun tak rasa apa itu kurus.. Hehe..





Ok, flash back balik.. Yana ni sangat skinny masa sekolah rendah sampailah sekolah menengah.. Masa tu berat yana lingkungan 45kg saja. Makanlah banyak mana pun, kecik dan pendek tu juga. Hehe.. Tapi lepas yana operate jantung masa yana form 3, secara slow berat yana naik. Memang nampak la perubahan sebab yana kan kurus kering je sebelum tu. Makan sama je, takde pun istilah terlebih berselera. Cumanya, metabolisma yana dah turun sikit.. Last sebelum masuk U, berat yana 50kg.. Ok lagi masa ni..


Masuk U.. asyik berfast-food, asyik ber-supper, asyik makan maggi, asyik minum ais. Stay up tengah malam study & buat assignment pun makan.. Final year berat yana dah masuk ke 60kg. 3 tahun di universiti, berat naik sampai 10kg hokay. Aiyak!!







Masa buat Master, yana diet kejap sebab nak tawen..hehe.. Masa tu sangat rajin exercise dan tak makan nasik langsung. Hari2 kot yana buat sit up masa tu. Sebelum tido yana skipping dulu. Wahh semangat nak tawen. Hehe.. Masa tu yana cuma makan roti, oat dan bihun sup je. Selama sebulan la yana bertahan. Seriously, turun dalam 3kg. Kawan2 yana ada yang tegur juga nampak kecik sikit. Tapi, yana tak mampu disiplinkan diri untuk bertahan. Sebulan tu je disiplinnya. Huhuhu..


Lepas kawin lagila.. Hati gumbira, keje jalan sana sini, jalan2 cari makan juga. Sebelum pregnantkan Rayyan berat yana dah 69kg. Ohh tidak!!! Doktor pula cakap masa pregnant boleh naik lagi ke 20kg. Lagilah risauuuu pikirkan mampu ke nak turun berat badan kembali lepas bersalin nanti atau aku akan jadi lebih besar. Huhu.. Yana lebih risaukan kesihatan diri sebab yana ni pernah ada problem jantung. Walaupun dah operate, yana still ada semput tu sikit. Yana tak boleh terlalu aktif nanti kekurangan oksigen..huhu.. Sebab tu pikir kalau lagi berat lagilah cepat semput.. Risaunyeee saya..






Tapi memikirkan Rayyan dalam perut yana tak sekat pemakanan masa pregnant cuma yana kawal apa yang yana makan je. Alhamdulillah masa pregnant berat yana naik 10kg je. Berat terakhir sebelum bersalinkan Rayyan 79kg.. Erkk.. Sangat berat dah bagi yana yang kemetot ni. Huhu.. Tapi tetap bersyukur tak naik sebanyak 20kg.


Masa dalam pantang yana aim untuk kurus. Kalau tak kurus pun turun ke 60kg pun jadilah. Macam yang yana pernah cerita dalam entry sebelum ni tentang penjagaan dalam pantang.. Dengan jagaan yang sangat ketat oleh confinement lady dan nenek yana. Yana turun ke 63kg selepas habis pantang..

Boleh buka copy paste link ni: http://kyairyana.blogspot.com/2012/09/jagaan-semasa-pantang.html?m=1



63kg untuk tinggi yana masih dianggap overweight. Walaupun turun banyak juga berat tu tapi selagi tak masuk angka 50-an saya tetap gumuk. Huhu.. Yana tak berdiet sebab yana breastfeed mommy. Kalau yana diet nanti kuantiti dan kualiti susu yana merudum. Yana tak boleh skip nasi untuk menghasilkan susu yang banyak dan pekat. Yana makan nasik sehari 2x. Terfikir lagi masa ni macam mana nak turunkan berat badan kalau tak boleh diet.. Ermmm... Yana cuma masih terus amal nona roguy dan air kunyit asam yang tak menganggu penyusuan..






Tapi bila balik ke kenduri cousin yana baru2 ni, ramai kata dah kurus sikit. Ouhh kembang laaa.. Hehe.. Kat rumah cousin yana ni ada weight scale. Yana pun timbang la.. Sangat terkejut tengok berat yana dah 59kg tanpa yana diet apa pun. Dan tadi yana timbang lagi dengan weight scale masuk syiling di Tesco, berat yana dah 58kg. Jeans pun yana dah boleh pakai size 29.. Sebelum ni size 36 hokay..hukhuk.. Tapi tinggi tu untuk 58kg still overweight kalau mengikut BMI la.. Yana kena bagi dapat at least 55kg baru masuk kategori healthy. Lagi 3kg!! Chaiyok yana!! Tapi target yana adalah 50kg. Chaiyok2!!






Bila diselidiki, mana saluran yang menyebabkan berat yana turun walaupun yana tak diet dan tak buat exercise. Ianya adalah kerana I'm a nursing mom..







Breastfeed boleh membuatkan ibu itu cepat kurus. Melalui pembacaan selepas setahun baru boleh nampak perubahan tu. Sabar ye ibu2sekalian.. Hehe.. Ibu yang menyusu badan membakar purata 500 kalori sehari. Pembakaran kalori itu adalah daripada tenaga yang badan kita guna untuk menghasilkan dan mengeluarkan susu itu. Sehari 500 kalori, 7000 kalori baru sama dengan 1kg berat. So dalam sebulan berpotensi untuk turun dalam 0.5kg ke 1.5kg. Ini sambil pemakanan yang dijaga juga la.. Tapi ibu yang menyusu ni memang menjaga makan untuk menghasilkan susu yang berkhasiat untuk baby. Yana jarang dah makan fast food sejak bf rayyan ni.


Sambil tu exercise yang kita lakukan dalam menguruskan anak juga membantu untuk cepat kurus. Bab ni kalau nak cite, yana memang dah macam puting beliung je kalau menguruskan rayyan. Terkejar sana sini. Hihi.. Dalam sehari boleh kira berapa puluh kali yana turun naik tangga untuk uruskan Rayyan dan buat kerja rumah. Itu belum lagi bab sedang masak dan sambil mengejar rayyan dengan walkernya..hehe.. Sebab ni la kot mama dah turun berat badan sikit.. Tq anak mama membantu mama untuk kurus. Hehe..


Sekarang saya masih gumuk, semoga mission capai 50kg tercapai. Sikit lagi yana. Chaiyok!!



- Posted using BlogPress from my iPad





No comments: