Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, January 22, 2013

Rayyan dah 7 bulan :)


Assalamualaikum..


14 Januari 2013, Rayyan dah masuk 7 bulan.. Cepat je rasa masa berjalan.. Dah makin besar hero kesayangan mama papa ni.. Doa mama hari2 tanpa jemu agar anak mama ni membesar dengan sihat menjadi seorang anak yang soleh dan terpuji.. InsyaAllah.. Ameen..


Alhamdulillah sampai sekarang mama masih dapat menyusukan Rayyan dengan susu ibu, hak untuk setiap bayi yang dilahirkan.. Semoga murah susu mama untuk Rayyan hingga 2 tahun nanti. Ameen..


Ramai yang berkata, "takpela tak keje lagi boleh la susukan baby dengan susu ibu.. Yang dah bekerja susahla" please mommies jangan cakap susah untuk jalankan tanggungjwab kita sebab ramai mommies yang bekerja di luar sana yang berjaya susukan baby masing2 hingga 2 tahun. Yana kagum dengan semangat mereka. Rakan yana sendiri bangun seawal 5am untuk pam susu dan cari masa untuk pam susu di ofis. Semuanya kerana semangat untuk beri yang terbaik untuk anak masing2..


Dan janganlah memperendahkan ibu2 yang menyusu badan dengan alasan susu2 tin di rak yang mahal2 itu lebih baik kerana mempunyai DHA dan sebagainya.. Percayalah dengan bancuhan dariNya kerana Allah dan Rasul juga suruh kita susukan bayi dengan susu ibu.. Kandungan dalam susu ibu tidak boleh ditiru..


Okla, apa Rayyan boleh buat bila masuk 7 bulan ni?


* Rayyan dah makin aktif sangat. Hari2 mama kena main kejar2 dengan Rayyan.. Hehe
* Rayyan dah mula angkat badan merangkak slow2. Chaiyok cyg!!
* Rayyan dah boleh bangun berdiri.. Tapi kena pegang apa2 la sebagai sokongan
* Rayyan dah boleh duduk tanpa sokongan cuma belum kuat betul lagi











































Mama papa love you sooooo much syg!!



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: