Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, October 22, 2010

Ar-Rahnu ~ Skim Gadaian Islam



278. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.


279. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.
(Surah Al-Baqarah: 278-279)


Kenal tak apa itu Ar-Rahnu? Pernah tengok iklan dari Bank Rakyat dekat tv kan.. Meh, yana nak cerita.. Ar-Rahnu ni ialah salah satu dari Sistem kewangan Islam. Sistem ni  telah melahirkan pelbagai lagi instrumen kewangan Islam seperti Ar-Rahnu iaitu satu konsep dalam sistem pajak gadai Islam.  Tau kan apa tu pajak gadai? Tempat di mana kita mendapat kredit segera hasil dari penjualan barang emas. Kalau zaman mak ayah kita dulu, konsep Ar-Rahnu ni belum wujud lagi. Kebanyakkan proses gadaian adalah melalui kedai-kedai pajak konvensional yang ada kat merata tempat.

Ar-Rahnu ni juga adalah satu skim pajak gadai yang bersih dari unsur-unsur riba'seperti yang diamalkan oleh pajak gadai konvensional. Tau kan, dalam Islam, riba' itu haram. Sebab itu, Ar-Rahnu diperkenalkan.


Ia sebagai alternatif kepada masyarakat Islam supaya tak tertindas dengan penyelewengan konvensional. Proses pajakan di Ar-Rahnu lebih kepada mengenakan amaun sewa terhadap barang pajakan yg di simpan mengikut nilai barangan tu. Tiada langsung kadar faedah yang dikenakan.


Selalunya, orang yang bergadai ni adalah dari golongan yg berpendapatan rendah. Segelintir saja yang dari berpendapatan tinggi yang perlukan modal perniagaan. 


Skim Ar-Rahnu mula diusahakan di Malaysia berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri yang dibuat pada 30 Januari 1985. Terengganu menjadi negeri pertama yang memperkenalkan skim Ar-Rahnu melalui Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) pada 23 Januari 1992. 

Pusat gadaian Islam ini ditubuhkan di bawah Pejabat Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Terengganu. Penubuhan pusat gadaian Islam dan operasinya termaktub di bawah peruntukan Seksyen 12 dan 14 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Bil.2) 1986. 


Kemajuan MGIT telah menarik perhatian negeri Kelantan pula untuk menebuhkan skim Ar-Rahnu di Kelantan melalui Pemodalan Kelantan Berhad dengan menubuhkan Kedai Ar-Rahn pada bulan Mac 1992.

Kedua-dua pusat gadaian Islam ini adalah di antara pelopor terawal kepada skim gadaian Islam di Malaysia. Apabila skim ini telah mendapat sambutan dari masyarakat, YaPEIM memperluaskan lagi skim Ar-Rahnu apabila menjalinkan kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia.


Dalam skim Ar-Rahnu ini terdapat beberapa rukun dan syarat gadaian. Antaranya, penggadai (rahin), pemegang gadaian (murtahin), barang gadaian (marhunbih) dan lafaz gadaian (ijab dan qabul). 

Manakala dalam syarat gadaian pula terdapat beberapa kategori iaitu syarat-syarat lafaz gadaian, syarat-syarat penggadai dan pemegang gadai, syarat-syarat barang gadaian dan syarat-syarat hutang. Dalam syarat-syarat lafaz gadaian perlu ada ijab (penawaran) dan qabul (penerima).

Jika dulu, konvensional lebih mendapat sambutan walaupun sentiasa menindas pengguna. Ini kerana, konvensional telah lama bertapak di Malaysia. Tapi, sejak wujudnya skim Ar-Rahnu, skim ni mula mendapat perhatian dari masyarakat.

Oleh itu, kita sebagai pengguna terutamanya yang beragama Islam wajib menghindari riba'. Janganlah masih nak pergi dekat pajak gadai konvensional. Sudahlah kenakan kadar faedah yang tinggi, kredit tunai yang diberi pun rendah dari nilai semasa barangan tersebut. Kalau barang di lelong pun, baki dari hasil lelongan tak dipulangkan kembali pada pengguna.

Berbeza dengan Ar-Rahnu, riba' memang tak wujud langsung, hanya kenakan upah simpan barang. Malah kredit tunai yang diberi pun setanding dengan nilai semasa emas tersebut dan jika barang di lelong, baki akan di pulangkan kepada pengguna. Prosesnya sangat telus.



Wallahu'alam.


ps: Tesis master yana mengenai Ar-Rahnu, tapi bila nak share di blog ni jadi blur nak tulis apa. Harap info yang sedikit ini dapat di manfaatkan bersama..

No comments: