Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, October 22, 2010

~ The Story of Marriage~


Salam..

Perbualan dgn kawan yana tadi mengenai alam percintaan dan perkahwinan menarik minat yana untuk berkongsi apa yang patut.. Kawan kata, orang yang bercinta semuanya indah-indah dan lepas kahwin semuanya berubah. 

Misalan seperti..sebelum berkahwin, 'darling here..darling there..' tapi selepas berkahwin, 'baling here..baling there..' sebelum nikah: 'i die for u'.. selepas nikah: 'you die, up to u'..lagi lama nikah: 'u want to die? i help u'.. kalau dah nikah kurang dari 5 tahun: roses r red, violets r blue..like it or not.. im stuck with u'.. kalau dah lebih 5 thn nikah: roses r dead, i am blue.. u get on my head, i will sue u'.. :) [sekadar hiburan]


Mengenai persoalan ni, yana tak setuju sangat.. apa yg kita tahu.. perkahwinan adalah satu perkara yang mulia dan sgt disukai oleh Allah s.w.t. 

Perkahwinan dalam Islam adalah bertujuan menyempurnakan agama dan melahirkan zuriat-zuriat soleh solehah melalui cara yg halal sebagai penyambung keturunan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.. Tahukan, doa anak yang soleh dapat menyelamatkan ibu bapanya dari api neraka..


Firman Allah mengenai perkahwinan:


“ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”


Masyarakat sentiasa beranggapan bahawa sebelum berkahwin semuanya indah-indah belaka. Walhal waktu tu.. semua tindakan di luar batasan adalah haram. 

Sedangkan dengan ikatan perkahwinan, semuanya halal dan hidup berpasangan adalah saling melengkapi.. (pada yg dah berkahwin pasti tahu, bahagianya selepas berkahwin kerana segala susah senang hidup akan ditanggung bersama..diumpamakan bahawa, jika kita menangis.. ada bahu untuk memujuk)


Tidak di nafikan, ada pasangan yang sebelum berkahwin semuanya indah-indah. Selepas berkahwin, semuanya berubah.. Perkara ini lumrah hidup manusia yang mempunyai rasa bosan, iaitu.. dah lama-lama akan jemu.. 

Tapi, kebanyakan yang terjadi di sebabkan suami atau isteri yang tidak mengamalkan konsep kekeluargaan Islam iaitu saling hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan kasih mengasihi. Yang ada hanya sikap.. ego, selfish, degil, etc...Jika sikap ini masih diteruskan, pasti akan ada pergolakan dalam rumah tangga..


Apa yang yana tak setuju dgn kenyataan kawan adalah kerana tidak semua perkahwinan itu tidak menjanjikan kebahagiaan.. Semuanya bergantung kepada pasangan terbabit.. 

Atas sebab itu, perlu di ingat akan pesan junjungan kita Rasulullah saw di mana ciri-ciri mencari pasangan adalah rupanya, kekayaannya, keturunannya, keimanannya...dan jika kamu memilih imannya pasti akan bahagia.. insyaAllah.. 

Jadi, pada pandangan yana.. Pasangan yang beriman pasti akan menjadikan rumah tangga itu lebih bahagia dari zaman sebelum berkahwin.. Begitu jugalah sebaliknya. Oleh itu, carilah pasangan yang beriman semoga rumah tanggamu lebih bahagia..


Yang pastinya... bercinta dan berkahwin kerana Allah.. pendek kata.. I Love u for the sake of Allah.. insyaAllah dengan redhaNya.. rumah tangga akan terpelihara.. alam perkahwinan lebih indah dari alam sbelum berkahwin...


waalahualam..


ps: hanya manusia biasa yang penuh kekhilafan.. sekadar berkongsi ilmu..segala salah silap..harap diperbetulkan..

No comments: