Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, October 22, 2010

Diet dan Mitos..

Diet..Diet..Diet.. Ayat ni famous betul di kalangan orang perempuan kan.. Selalu je kita dengar di kalangan kawan-kawan perempuan kita bila di ajak makan.. "Tak nak lah.. I tengah diet ni".. "No..no.. i makan buah je lunch ni". Kadang-kadang ada yang sanggup tak pergi kenduri kawan..majlis hari jadi semata-mata kerana takut langgar diet..

Diet ni memang bagus kalau kena caranya. Kalau silap boleh mudaratkan badan kita balik. Contohnya, semasa diet..jangan sampai tak makan terus. Perlu makan..cuma elakkan lah makanan yang berkolestrol dan berlemak.. 

Yana pernah ada seorang kawan yang diet ekstrem. Hari-hari dia cuma jamah epal dan ambil pil tahan lapar. Apa jadi akhirnya? Dia jadi sangat lemah..pengsan dan masuk hospital la..

Ok la, bebel pula..hehe.. Meh kita jenguk-jenguk pasal Mitos-mitos mengenai diet ni.. Mitos yang pelbagai ni memang famous di kalangan anda yang berdiet. Tapi betul ke semua mitos tu? Jom tengok.. ~ Kredit to: rapi..

Makan malam boleh sebabkan bertambah lah lemak..
 
Betul ke?
Sebenarnya SALAH.. 
Sebabnya, kalau kalori yang di ambil adalah seimbang.. Kita masih boleh makan waktu malam dalam jumlah yang sederhana..


So, janganlah pula pergi drive thru malam-malam ye kawan-kawan. Cukuplah sekadar biskut atau yang paling bagus buah..

Yana pun bila nak berdiet makan Raisins je bila rasa lapar waktu malam. Yang disyorkan brand Sun.Maid. Beli yang besar punya. Raisins ni atau kismis memang bagus especially untuk ingatan. Nabi kita pun amalalkan makan kismis.

Air lebih baik

Betul ke? Sebenarnya BELUM TENTU..

Sebabnya, kalau kebanyakkan air yang diambil tu bergula dan berkaffein.. Memangla tak baik kan. Kalau jenis minuman ni di ambil setiap hari, memang boleh menambah kalori dalam badan. 

Sebaiknya adalah air kosong je.. Macam Yana.. water filter coway la yang paling best. Bukan tujuan nak promote ye.. Tapi tu la kenyataan. Filternya ada dua fungsi..sejuk dan panas.. Airnya di tapis sebersih-bersihnya.. Servis pun bagus.. Setiap dua bulan sekali datang.. Yang penting air dia sedap..hehehe..

                                                 Water Filter Coway


Lakukan pelbagai jenis diet

Betul ke? Sebenarnya SALAH..

Tahu kenapa?  Sebabnya, keadaan kesihatan setiap orang berbeza.. Tak semua orang boleh terima jenis diet yang sama. Sebaiknya, sebelum diet tu pergilah jumpa pakar dulu untuk tahu jenis diet apa yang sesuai dengan kesihatan kita.. 

Yana pun kadang-kadang bila nak capai target, tak hingat-hingat punya diet.. Padahal diet macam tu tak sesuai dengan kita. Akibatnya, mula lah jatuh sakit.. 

Paling terbaik, bila diet tu amalkanlah makan bijirin seperti oat.. Mungkin ada sesetengah orang tak lalu jenis bijirin penuh serat ni. Cuba tambah dengan hirisan buah dan susu segar atau sus soya..Nyam nyam..sedap sangat dan badan pun jadi bertenaga. Yana syorkan tryla Captain Oats.. Sangat sedap makan dengan susu segar..


Susu menyebabkan perut buncit atau kembung

Betul ke? Sebenarnya TAK SELALU..

Sebabnya, ia hanya berlaku kepada individu yang mengalami sindrom radang usus besar.. Tak semua kita ada sindrom tu kan.. Tapi yogurt..one of my fav, susu rendah lemak, keju tidak langsung menjadi penyebab kepada kembung perut.. Susu kan bagus untuk tulang kita especially untuk para ibu mengandung.. Pada yang tak lalu susu tu, cuba gantikan dengan susu coklat.. sedapp..


Orait..tak semua mitos tu betul atau salah..sekarang dah terjawab.. Yang penting diet la dengan cara yang paling sihat.. chaiyok!! 

No comments: