Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, October 30, 2010

Tempat makan best di Perak



Assalamualaikum..

Jom kita layan makan-makan pula kali ni.. hehehe..

Pagi tadi yana keluar jalan-jalan dengan hubby. Awal-awal pagi lagi kami dah keluar. So, kami breakfast dan lunch kat luar je la.. 

Meh nak tunjuk tempat makan yg best di Perak (ni bagi citarasa yana la). Tapi rasanya yg tau pun maybe setuju, sebab selalu bila pegi je, memang sentiasa ramai orang.. Maknanya, tempat-tempat ni memang famous la..


Breakfast di Bidor.. 8:30 am




Awal pagi kami breakfast di Bidor.. Kedai makan tu kecik je..Tapi beratur keta.. Melayu, Cina, India semua ada. Nama kedai makan tu 'MEE KARI RAMLI'. Dulu kan yana janji nak tulis entry pasal tempat makan ni..




Menu best dia of course la mee kari.. Nampak tu ramai je orang.. Nak cari kedai ni senang je.. Lepas tol, selekoh kanan tu dah nampak kedai tu.




Wahhh..sedapnye.. semangat hubby yana menceduknya..hehehe.. Tapi hubby order bihun kari.. Dalam dia segala macam tauhu, kerang, sayur, macam-macam lagi ada. Nampak tu banyak tol kerang.. nyam nyam..




Selain dari mee kari, nasi lemak pun ada. Yg ni yana punya.. hehehe.. Mee kicap, Mee sup pun ada.. Semua best!!



Ni la bahagian dapur dia.. MEE KARI RAMLI ni buka pagi je, khas untuk breakfast. Lebih kurang 11am dah tutup pun.. Kalau nak datang sini, kena bangun awal tau..hehehe..


Lunch di Ipoh.. 1:00pm

Lepas jalan shopping-shopping.. Yana dan hubby singgah makan di satu tempat yg agak famous juga. Tempat ni memang ramai. Agak bersesak-sesak juga nak ambil makanan. Kami pula sampai memang waktu puncak untuk lunch time..

Meh kita jenguk.. Nama kedai ni, RESTORAN TASIK RABAN. 




Semua makanan yg disediakan adalah dari masakan kampung.. Waahh..yana suka masakan kampung.. Teringat masakan mak dengan tok yana.. Cedaapp.. Satu lagi, kedai makan ni pun ada ikan bakar untuk makan tengahari.. Best-best.. 




Nampak tu.. Memang ramai sangat orang. Kadang-kadang kena share meja denga orang sebab takde tempat dah..huhu.. Sebab tu yana kata tempat ni memang famous. (Sila abaikan gambar kepala yg kat depan tu) hehehe..




Tempat parking pun full je.. Sampai kat bahu jalan pun penuh.. Sebab ape? Sebab tempat ni best sangat..


Nak tau kenapa dia famous? Cuba tengok gambar ni. Lauk dia banyak sangat.. Mcam-macam pilihan untuk selera kita. Sedap pula tu. 

Yg paling yana suka patin masak lemak tempoyak dia.. Sedap sangat. Rasa macam makan dekat pahang je. Ulam-ulam pun banyak. Nak ulam apa? Semua ada.. 

Macam-macam jenis kerabu pun ada, kerang rebus.. Banyak lagi la. Maaf tak dapat nak ambil gambar semua tu sebab berasak-asak dengan orang ramai.



Ni satu lagi yang best di Restoran Tasik Raban ni. Ikan Bakar dia.. Memang sedap.. Ikan Siakap, Ikan Keli, Talapia dan macam-macam lagi..

Ok, kalau nak pergi Restoran Tasik Raban kat Ipoh ni. Cari je stadium Ipoh. Restoran tu betul-betul seberang jalan menghadap ke stadium.. 

Cubalah.. Kalau datang Perak, cari lah dua tempat ni.. Kalau sape tau ada  tempat makan  lain yg best di Perak, kita sama-sama share ye.. TQ..


3 comments:

paradoks hati said...

mee kari ramli mmg best kak :)

sy selalu gak makan situ kalo balik kg..

say true bidor-ian :)

Anonymous said...

Berhati-hati makan di bidor tu.fish ball n tohu tu buatan cina.halalnya diragui.orang bidor sendiri x penah makan.

Keturunan Aji Ripin said...

Ala..ko sembang je lebih...ko sure ke..ni ank sedara dier yg jwb...klau xtau jgn memandai buat cite..xpuas ati meh sembang dpn2 kt dpn umah opah saye tu...sblh kdai tu gak