Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, October 25, 2010

Ayam Kampung Best Punya.. :)

Hari ni yana tak masak..hehehe.. Tak berapa sihat lor.. So, hubbyku yg tersayang bawa dinner kat luar. Kitaorang tak tau nak makan mana. Jalan punya jalan, last sekali singgah di sebuah restoran di Bidor. Restoran ni antara yang agak famous di Bidor sebab menu utama yang disediakan di situ adalah dari ayam kampung. 

Ada nasi lemak ayam kampung, sup ayam kampung, nasi ayam kampung dan macam-macam lagi. Satay Haji Samuri pun ada kat situ. Nama restoran ni, Restoran Ayam Herbal. Setiap kali datang, mesti ramai orang. Kalau nak cari restoran ni senang je. Betul-betul selepas masuk tol Bidor, dari traffic light tu dah nampak pun restoran ni.

Meh nak tunjuk apa yang we olls order. Kitaorang tak order banyak sebab dua orang je nak makan. hehehe..


                                                            Nasi Ayam Kampung


Ni nasi ayam kampung yg yana order. Sedap.. Ayam dia lembut je.. Tapi sup tawar sikit..huhu.. Yang ni RM8 je..

                                                     Nasi Timbal Ayam Goreng Kampung


Ni nasi timbal ayam goreng kampung yg hubby yana pesan. Pun best jg. Presentation dia pun cantik je. Hrga dia RM9 je..Hubby suka sambal belacan dia, sampai order dua kali..hehe..


So, kalau datang ke Perak.. Bolehlah singgah Bidor dan ke Restoran Ayam Herbal ni. Yang lain special di Bidor ni adalah Mee Kari Ramli. Tapi dia buka pagi je. Memang ramai sangat kat depan warung dia pagi-pagi. Yana pun dah try. Nanti yana buat entry pasal Mee Kari Ramli pula.. Adios..


Selamat Menjamu Selera..

No comments: