Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, May 8, 2011

Mama I Love You


 
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."  [ Al-Isra’: 23]


Tiada kata yang dapat menggambarkan pengorbanan seorang ibu, tiada benda dalam dunia ni yang dapat membalas jasa mereka.. Pada mak yana dan ibu mertua yana yang yana panggil ma.. Terima kasih atas segalanya.. 


Terima kasih sangat2 pada mak yana kerana telah membesarkan dan mendidik yana serta adik2 dengan baik walaupun setelah pemergian abah.. Kami sayang mak dan abah sangat2.. Pada ma, terima kasih kerana telah melahirkan seorang suami yang terbaik untuk yana.. Mak dan ma adalah ibu terbaik anugerah dari Allah pada kami.. Semoga mak dan ma sentiasa dalam rahmat Ilahi, diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia.. ameen..


Ingat lagi masa yana masuk hospital tahun lepas.. Hilang rasa sakit, timbul rasa bahagia bila di jaga oleh kedua2 ibu.. Di kiri mak yana, di kanan ma.. Mak tak henti2 mengurut kaki yana, ma pula menyuap makanan.. Encik suami tak boleh enterframe sebab dah penuh.. hehe.. Kami sayang mak dan ma sangat2..!! Doakan yana juga akan bergelar ibu tak lama lagi ye..


____________________________________


HAPPY MOTHER'S DAY!! We love you so much mak & ma..
Thank you for everything.. May Allah bless both of you forever.. ameen..

from: emy & syahir



1 comment:

wiyah said...

ingin m'ylmatkan kndraan anda??..jom,sma2 kite selamat ia dng MaxxTurbo.hanya RM30.00