Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, May 31, 2011

Our 2nd wedding anniversary


Assalamualaikum..




2 Years and i look forward to many many more!! insyaAllah..



Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua pada 31 Mei 2011. Sedar tak sedar, sudah masuk tahun kedua menjadi isteri pada suami tercinta.. Segala suka dan duka kami harungi bersama dengan penuh rasa kasih dan sayang.


Pada suami tercinta, kamulah anugerah teristimewa kurniaan Allah dalam hidup yana.. Alhamdulillah. Terima kasih kerana membimbing yana, menyayangi yana, menjaga yana dengan penuh kasih sayang, sabar dengan segala kerenah yana, cuba penuhi segala kemahuan dan macam2 lagi. Tak tertulis setiap apa yang telah syg laksanakan.. Terima kasih syg.. InsyaAllah, yana akan sentiasa berusaha menjadi isteri solehah dan terbaik untuk syg..


Yana masih ingat enam tahun yang lalu masa mula2 mengenali suami tercinta.. Kita hanyalah seorang sahabat.. Tak sangka rupanya, inilah jodoh yang tertulis untuk kita.. Syukur sangat2.. Walaupun sekarang kita masih berdua, tapi kita berjaya mengharungi segalanya dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan. Yana tak pernah rasa sunyi bila sentiasa di samping syg.. Syg sentiasa berusaha agar diri ini sentiasa gembira. Terima kasih sgt2 syg.. Semoga redha dan kesabaran kita akan mendapat ganjaran dariNya.. insyaAllah..




31/Mei/2009



~Semoga rumah tangga kita akan kekal hingga ke syurga..
~Semoga rumah tangga kita sentiasa dalam rahmat Ilahi..
~Semoga cinta dan kasih sayang kita berkekalan selamanya..
~Semoga rumah tangga kita sentiasa dimurahkan rezeki dariNya..
~Semoga kita bakal dikurniakan zuriat yg soleh solehah..
      AMEEN.. INSYAALLAH..






~hingga ke akhirnya, cinta yana untuk syg sorg saja.. insyaAllah..
(macam pernah dengar je dialog ni.. tapi di mana ya? hehehe)



To my loving hubby..
THANK YOU for loving me & taking care of me..
I LOVE YOU SOOOO MUCH!!



No comments: