Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, April 16, 2013

Bubur Peas dengan Sup Ayam Tomato.. (10mth above)


Assalamualaikum..

Rayyan dah masuk 10 bulan 14hb yang lepas. Kejapnyeee dah besar hero mama ni.. Rindu pula masa Rayyan tecik2 dulu. Hehe.. Doa mama hari2, Rayyan membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh, beriman dan berilmu.. Ameen.. Mama love you so much sayang!!


Masuk 10 bulan ni apa ye yang Rayyan dah boleh buat?

- Rayyan dah makin aktif sangat2. Phewww... Hehe.. Asyik nak memanjat sana sini, asyik nak proses itu ini.. Memang letih mama nak layan, tapi mama happy.. 3 tahun mama relax je kan dengan papa. Sekarang masanya kami pun menjadi aktif.. Hehe..
- Rayyan dah makin kuat sembang sekarang. Ayat baru aneee..aneee.. Amende la tu sayang? Hehe..
- Rayyan masih fully breastfeed.. Alhamdulillah.. Semoga murah susu mama untuk Rayyan sampai Rayyan 2 tahun, insyaAllah. Ameen..
- Bulan lepas Rayyan kurang makan sbb food strikes. Seminggu jugala. Sekarang dah ok malah makin berselera. Alhamdulillah lega mama.






Masuk 10 bulan, yana introduce Rayyan dengan tomato.. Tomato boleh intro pada baby 10 bulan ke atas.


When can my Baby eat Tomatoes?

Tomatoes are typically not recommended to be introduced to an infant until somewhere between10 and 12 months of age. The reason for this is not due to possible allergies per se, rather, the acidity of tomatoes may prove harsh for an immature tummy.


The Goodness of Tomatoes for Babies:

Did you know that a medium sized tomato contains approximately 47% of the (U.S.) recommended daily allowance (RDA) of vitamin C, and approximately 22% of the RDA of vitamin A. Due the high levels of Vitamin C, you should try to include tomatoes in the diet to help Iron absorption!
[Source: wholesomebabyfood.com]





Menu pengenalan Rayyan dengan tomato adalah sup ayam with tomato mamam dengan nasi kacang peas..


Did you know that one cup of peas contains more protein that a tablespoon of peanut butter and also provides Calcium, Vitamin A and C and Iron too.





Bahan2 untuk nasi peas:

Unsalted butter
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bawang merah
Bawang putih
Puree baby peas
Beras putih + Beras perang



Kaedah:

Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang dalam unsalted butter sampai wangi.
Masukkan air, beras dan puree peas.
Masak sampai air kering.
Siap!





Bahan untuk sup ayam tomato:

Pure olive oil
Bawang merah
Bawang putih
Labu manis
Puree carrot
Puree tomato
Homemade stock ayam
Isi ayam



Kaedah:

Tumis bawang merah dan bawang putih dalam olive oil
Masukkan air, stock ayam, labu, puree carrot dan puree tomato
Masukkan ayam
Masak sampai labu lembut. Yana picit beberapa labu bagi hancur untuk pekatkan kuah.
Siap!






Sedia untuk Rayyan mamam.. Campuran tomato dan labu menjadikan kuah sup manis, takde masam je.. Dengan tomato ni pun boleh buat spaghetti bolognese versi baby. Next time pula. Kena rujuk Annabel Karmel punya resepi dulu..



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: