Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, April 12, 2013

Mac & Cheese for Baby (8 month above)


Assalamualaikum..

Rayyan dinner Mac and Cheese hari ni.. Mama baru belajar resepi ni dari Annabel Karmel, author of books on nutrition of cooking for babies..Cuma mama adjust sikit ikut selera orang melayu. Hehe..


Memang sedap!! Bukan baby je, mak ayah baby pun boleh join makan sekali. Cuma kalau mak ayah nak makan tambah la garam sikit. Untuk baby takde garam..


Mac & Cheese versi baby..








Bahan2:

Bawang besar holland
Macaroni (boleh je apa saja bentuk pasta)
Labu manis
Keledek (isi oren)
2 sudu besar Unbleached wheat flour
Unsalted butter
Susu (EBM atau fm)
Italian mixherbs
Cheddar cheese (yana guna brand bega)




Cheddar cheese brand Bega antara cheese yg rendah kandungan sodium dan halal.. Cheese jenis block lebih rendah kandungan sodium berbanding cheese keping2..





Untuk tepung yana guna jenis ni.. Organik unbleached wheat flour.. Boleh juga guna tepung ataa..


Kaedah:

Macaroni direbus

Tumis bawang besar sampai kekuningan dalam unsalted butter
Masukkan sedikit demi sedikit tepung, masak sampai keperangan
Masukkan sedikit air dan juga parutan labu + keledek
Masukkan sedikit demi sedikit susu
Bila kuah hampir pekat taburkan dengan Italian mixherbs


Bila dihidang bolehlah parutkan sedikit cheddar cheese di atas sos pasta tadi.. Sedia utk baby mamam dan mamanye juga.. hehe..

Boleh juga tabur dengan baby peas dalam pasta untuk lebih khasiat..



- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: