Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, April 11, 2013

Pasta dan Sos Sawi untuk Rayyan..


Assalamualaikum..


Dua hari lagi Rayyan dah nak masuk 10 bulan.. Lunch tadi, yana baru nak introduce Rayyan dengan sayur sawi. Boleh introduce sawi pada baby sejak 8 bulan. Tapi yana tunggu sampai 9 bulan ke atas untuk ajar Rayyan mamam sayur berdaun..


Lunch yana masakkan Rayyan nasi ayam dengan sup ayam campur sawi. Tapi Rayyan tak suka la intro sawi macam tu.. Huhu.. Sekarang yana dah tak kisar semua makanan Rayyan sebab Rayyan dah nak mula mamam yang bertekstur. Yana just carik2 ayam dan koyak kecik2 sayur. Rayyan maca susah nak mamam sawi yang dicarik2..


Dinner, yana masakkan Rayyan pasta makaroni dengan sos sawi dan ayam grill.. Resepi yana dapat dari blog Puan Farah Rahim.. Cuma yana adjust sikit2. Memang sedap dan Rayyan mamam sampai habis. Siapa yang nak mula ajar anak mamam sawi bolehla cuba resepi ni..






Bahan2:

Unsalted butter
Sayur sawi segengam
Bawang putih 2 biji
Keledek (isi oren)
Isi ayam (bahagian dada)
Italian mixherbs
Makaroni



Kaedah:

Rebus sayur sawi bersama sedikit isi ayam dan bawang putih
Kisarkan semua bahan yang direbus tadi
Tumis bahan yang dikisar tadi dengan unsalted butter sampai agak pekat
Tabur sedikit Italian mixherbs

Makaroni direbus dalam air rebusan sawi tadi
Ayam di-grilled dalam pure olive oil






Bila nak hidang pada baby bolehlah dicarik2 ayam grilled tadi
Siap!! Nyam2..


Kalau dah lulus dengan bayam boleh guna bayam kalau tak nak sawi. Cuma Rayyan yana tak ajarkan makan bayam lagi..





Ni dinner papa dan mama.. Dua jenis lauk je untuk dua orang je nak makan. Hehe.. Cadangnya nak masak nasi tomato dan ayam merah. Kononyalah.. Tapi banyak keje seharian tu, nasi tomato ke mana ntah. Hehe.. Ayam sambal cuka dan asparagus goreng je yang sempat masak. Sorry papa, weekend ni mama masakkan nasi tomato ye.. Hehe..


- Posted using BlogPress from my iPad


1 comment:

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

bagus juga ne, sb anak2 sy memg sush mkan even da setahu da ne