Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, April 7, 2013

Ezerra untuk Eczema..


Assalamualaikum..


Hari ni yana nak share something yang bagus untuk baby yang kena eczema.



Apa itu Eczema?

Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sistem imun badan yang tidak normal (lemah) dan faktor genetik. Masalah ini kebiasaannya dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak. Eczema boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan kulit mengelupas. Keadaan ini boleh menjadi bertambah teruk berikutan pengambilan makanan dimana pesakit mempunyai alahan (allergic) terhadap makanan tersebut. Selain itu, menyentuh bahan-bahan alahan dan perubahan suhu secara mendadak juga akan menyembabkan kegatalan pada kulit.


Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja terutamanya kanak kanak, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."


"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity." Namu begitu keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun ke atas.



Rayyan tak pernah lagi kena eczema dari lahir sampailah ke 8 bulan. Tapi sejak lahir memang Rayyan ada ruam especially di bahagian leher. Masuk 4 bulan ke atas baru hilang semua ruam cuma di bahagian leher masih menebal.




Sian anak mama, masa ni banyak ruam di muka dan leher Rayyan. Kalau cuaca panas jadi merah je.


Yana tak tau la apa yang yana makan masa mengandung menyebabkan kulit Rayyan jadi sensitif. Yana tak sentuh langsung air soya sebab ia boleh menyebabkan kulit bayi jadi sensitif. Yana banyak minum air kelapa agar kulit bayi cantik. Tapi itu takdirnya Yana redha.


Dah banyak klinik yana pergi dapat macam2 sabun dan krim. Tapi susah berul ruam di leher Rayyan nak hilang. Di tempat lain dah semakin ok. Sabun mandian Rayyan semuanya yang khas untuk skin sensitif. Tapi tak jalan juga..




Masa dalam pantang lagi guna Lactacyd for baby ni. Sabun ni sangat lembut untuk baby ph5.5. Tapi tak berkesan juga untuk skin Rayyan..





Bertukar pula dengan Sebamed khas untuk baby. Ini doktor yang bagi, ada juga jual di farmasi. Sama juga ruam di leher Rayyan tak nak hilang. Haihh..sian anak mama..


Cetaphil adalah yang terakhir yana guna. Lama juga guna sabun ni. Cetaphil memang khas untuk baby kulit sensitif. Langsung takde buih dan takde bau. Macam tak pakai sabun je bila guna. Kurang sikit la ruam di leher Rayyan. Tapi tetap tebal..





Alhamdulillah ruam di muka Rayyan memang dah hilang lepas guna Cetaphil.


Tapi baru2 Rayyan kena eczema. Adoii.. Tapi eczema yang level biasa je. Di leher bertambah tebal ruam, di perut, dada penuh dengan ruam berserta gatal2. Rayyan asyik bergaru je. Sian anak mama :(


Semuanya bermula bila ada tangan yang gatal bagi Rayyan mamam makanan berasaskan telur di belakang mama. Bila mama datang dah habis Rayyan mamam orang tu suapkan. Yana risau takut Rayyan alergik sebab yana sendiri tak introduce Rayyan telur lagi dan telur memang antara makanan paling senang kesan alergik pada baby. Telur delay-kan bagi pada baby lagi bagus. Geram je tapi benda dah jadi.. Lepas ni jangan la suap pelik2 kat anak saya tanpa kebenaran saya ok! Saya jaga makan minum anak saya tapi senang2 je orang suap pelik2 kat dia.


Esoknya badan Rayyan terus naik ruam, Rayyan meragam je tak boleh tido sebab gatal2. Mama papa pun tak boleh tidur juga. Huhu.. Bawa jumpa doctor, Rayyan kena eczema. Doctor bagi krim tapi tak jalan. Ruam semakin menebal bila Rayyan asyik garu. Merah je perut Rayyan. Sehari dua tu memang Rayyan tak pakai baju dan seluar kat rumah. Kalau panas lagi menjadi2 ruam tu.





Masa ni penuh ruam kat perut dan dada Rayyan. Tak pakai baju je la dia. Tapi aktif lagi memunggah segala buku mama. Hihi.


Esoknya papa terus ajak bawa Rayyan jumpa pakar kanak2 di hospital. Paed tu bagi krim dan sabun mandi yang baru dari Ezerra yang khas untuk baby kena eczema..








Dua hari guna sabun dan krim Ezerra ni terus surut segala ruam dan merah2. Rayyan pun dah tak bergaru. Malahan ruam di leher Rayyan yang dah lama ada tu pun dah makin surut. Lepas seminggu guna terus hilang ruam2 di badan dan di leher pun. Alhamdulillah. Dah jumpa sabun mandi yang sesuai untuk anak mama ni..





Hello.. Saya dah bebas eczema.. Hehe.. Lepas ni jangan suap saya makanan yang saya tak boleh makan ye. Kesian saya. Kesian juga kat mama papa saya yang risaukan saya. Huhu..


Yana tak pasti brand Ezerra tu ada ke tak di farmasi. Pada sesiapa yang ada masalah yang sama cubalah brand tu. Rasanya di farmasi yang besar2 maybe ada jual.



- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: