Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, April 17, 2013

Garlic Bread + Salmon Steam & Cekodok untuk Rayyan..


Assalamualaikum..

Rayyan bangun awal hari ni. Pukul 9 pagi dah siap mandi. Breakfast pun awal la dan mama terlebih rajin nak buat breakfast sedap2 kat Rayyan.. Sedang asyik Rayyan layan BabyTv, mama pun bertungkus lumus di dapur. Breakfast Rayyan hari ni garlic bread mamam dengan cheezy pumpkin sauce. Idea resepi dari Puan Maghfarah.. Nampak sedap je di ~blog saya hot~ terus yana nak cuba buat juga.. Simple dan sedap. Breakfast Rayyan jadi breakfast mama juga pagi ni..hehe..






Cara buat garlic bread senang je iaitu parut garlic campur dengan unsalted butter dan sapu pada roti. Kemudian bakar je atas kuali.. Siap!


Bahan untuk cheezy pumpkin sauce:

Labu manis
Cheedar cheese
Isi ayam
Bawang merah
Bawang putih
Unsalted butter



Kaedah:

Tumis bawang merah dan bawang putih, isi ayam dalam unsalted butter
Masukkan labu, cheese dan air
Masak sampai labu empuk
Bila dah sejuk kisar semua bahan tadi
Siap!






Bila nak mamam, masukkan pumpkin sos dalam roti dan boleh suap pada baby.. Nyam2 sangat sedap!! Tengoklah comot tak saya? Hehe..






Lunch takde idea nak masak apa, yana buatkan Rayyan salmon steam je.. Simple lunch. Huhu..









Sambil bermain sambil tengok BabyTv sambil tunggu bila lunch saya nak siap ni mama? Heee..





Senang je campak semua benda dalam periuk steam. Tomato, celery, baby peas, broccoli, halia, bawang putih dan merah. Tidak lupa ikan salmon yang dah di-fillet.. Ni hari kedua Rayyan mamam tomato.. So far, ok je..





Mamam dengan bubur nasi putih + perang..


Petangnya, mama buatkan papa cucur kodok ke panggil cekodok? Rayyan pun sibuk nak mamam juga.. Tapi papa punya ada garam gula sikit. So, mama buatla 5 ketul cekodok baru untuk si tecik ni tanpa garam gula dan guna unbleached wheat flour dengan pisang berangan..








Senyapla saya dapat mamam cekodok juga. Tak payah nak kacau papa mamam. Hehe.. Kenyang saya hari ni sampai dinner makan sikit je..


- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: