Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, December 22, 2010

Bayi 9 Bulan Koma Dicampak Bapa!!!







MELAKA: Seorang bayi berusia sembilan bulan koma akibat pendarahan dalaman otak, akibat dipercayai dibaling bapa kandungnya ke atas katil selepas kerap menangis, di kediaman mereka di Jasin, dekat sini, Ahad lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenainya.

“Kita memang ada menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan awal mendapati bayi berkenaan koma, dipercayai akibat dibaling bapanya.

“Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas kejadian itu dan setakat ini, polis masih belum menangkap bapa bayi itu yang berusia awal 30-an untuk membantu siasatan.

“Kes ini juga sedang disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, bayi berkenaan dikejarkan ke Hospital Melaka oleh keluarganya selepas didapati tidak sedarkan diri, selain mengalami bengkak pada kepala sejurus kejadian berkenaan. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bayi itu dikesan mengalami pendarahan dalaman otak dan terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas itu bagi mendapatkan rawatan lanjut. Sehingga petang semalam, keadaan mangsa masih kritikal dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL.

Aduan mengenai kejadian menimpa bayi itu dibuat seorang doktor di Hospital Melaka pada kira-kira jam 1 pagi sejurus mengesyaki ia menjadi mangsa penderaan. Berita Harian difahamkan bayi itu adalah anak tunggal lelaki terbabit dan isterinya yang juga berusia awal 30-an.

Raja Shahrom meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pihaknya dengan segera bagi membantu siasatan.


____________________________________________________



Sedih sangat yana baca berita ni pagi tadi.. Menitis juga la air mata duyung ni.. Apa nak jadi la dengan manusia zaman sekarang. Sanggup menganiaya amanah yang Tuhan bagi. Anak tu anugerah Allah untuk kita.. 


Tergamak betul si bapa buat macam tu pada anak kandung sendiri yang baru berusia sembilan bulan. Normal la bila baby tu menangis, kita kecik-kecik dulu menangis juga. Nak bercakap tak pandai, jadi menangis je la bila nak apa-apa. Tapi, apa la sangat yang baby nak bila dia nangis. Sama ada lapar atau nak membuang.  Bukannya dia minta beli PS2 ke, iPad ke.. Tu pun, nak marah sampai baling anak tu ke??? Bila dah jadi macam ni, nak menyesal pun dah terlambat.. Yana emo betul bila cakap pasal ni..


Cubalah.. duduk sejenak fikir, ramai lagi pasangan suami isteri di luar sana yang dah bertahun-tahun kahwin.. yang masih menantikan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka.. Tapi, bagi kamu yang telah diberikan anugerah ni, tergamak mendera anak sendiri.. 


Anak adalah anugerah Allah dan sebagai tanggungjawab kita untuk menjaga dan mendidiknya dengan baik. Bagi segala ilmu di dunia dan akhirat. Didiklah mereka menjadi anak yang soleh dan solehah kerana mereka adalah harta di dunia dan akhirat.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya:


"Apabila seorang anak adam (manusia) meninggal dunia, maka akan terputuslah pahala segala amalannya melainkan pahala tiga amalan salih iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang mendoakan orang tuanya"  
(H.R Muslim)


 Tolonglah hentikan penderaan ke atas kanak-kanak. dan pembuangan bayi.. Sayangilah setiap insan kecil ini kerana mereka adalah anugerah yang tidak ternilai dan mereka juga lah penyambung keturunan kita..


Yana harap, pihak polis akan ambil tindakan sewajarnya pada pesalah dan pada si pesalah, semoga dia dapat pengajaran dari kejadian ni..














Cuba tengok muka baby-baby ni.. Suci bersih.. Comel je..

Tergamak ke nak dera atau buang mereka???



ps: emo yana kalau cite bab ni.. tulis pun dengan air mata..huhuhu..


No comments: