Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, December 12, 2010

Penjagaan Wajah



Assalamualaikum..


Selamat berhari minggu.. Lama la pula rasa tak update blog, padahal baru je dua hari.. hehehe.. Okla, kali ni yana nak sembang-sembang pasal penjagaan wajah..boleh ? hehehe.. Tiba-tiba rasa nak share dengan korang dan nak tau apa yang korang pakai. Kalau bagus, boleh sama-sama kita cuba kan.. 


Yana rasa dulu yana pernah buat entry pasal topik ni. Tapi macam tak kemas dan berkecamuk je.. Biasalah, masa tu baru je jadi blogger.. So, entry kali ni nak buat elok-elok sikit.. hehehe..


Ok, yana memang minat sangat dengan barang penjagaan muka ni. Semuanya bermula masa Master dulu la.. Flashback balik la pula..huhu.. Masa yana sekolah dulu, kulit memang teruk juga.. Banyak pimples, biasalah masa remaja kan.. Tapi yana buat derk je masa tu sebab takde kesedaran lagi kot.. hehehe.. Bila dah degree perangai tu tak ubah juga sampaikan mak yana pun bising kadang-kadang. Mak risau tengok anak dara dia masa tu tak pandai nak hias diri.. hehehe.. Bila yana sambung Master, roomate yana ni memang la pandai jaga kecantikan diri dan dia memang sangat cantik.. Dia la yang ajar yana macam-macam pasal kepentingan menjaga wajah. Dari dia la yana mula berjinak-jinak dengan macam-macam produk muka. Dia juga la yang menemukan yana dengan Skin Renew Professional Solution (macam jejak kasih la pula).. hehehe..


Dalam setahun yana disiplinkan diri, jaga kesihatan wajah.. Sekarang dah takde pimples dan boleh dikatakan 99% dah pulih berbanding dulu.  Tapi bila hari-hari tertentu ada juga pimples.. huhu.. Dah macam dalam program 'Pakar Kejelitaan' pula.. hahaha.. Ok, jom kita sama-sama share produk apa yang kita guna..



Facial Cleanser/ Pencuci Muka




Kalau facial cleanser, yana suka tukar-tukar.. hehehe.. Tapi, alhamdulillah semua sesuai dan takde lagi jadi ape-ape kat muka.. huhu.. Tapi korang jangan ikut tau style yana.. Facial cleanser ni sangat penting, hubby yana pun pakai juga. Ia berfungsi untuk membersihkan kulit wajah kita dari sebarang kekotoran, minyak, debu dan sebagainya. Facial cleanser ni pun ada macam-macam jenis iaitu:


  • Foaming Cleansers: Cleanser jenis ni adalah yang paling best sebab ia menghasilkan buih sabun yang banyak dan muka terasa segar je lepas dibasuh. Cleanser jenis ni juga ada macam-macam jenis iaitu lotion, krim, gel, scrubs dan macam-macam lagi lah.
  • Non-Foaming Facial Cleansers: Cleanser jenis ni pula sangat ringan dan ia bukan jenis boleh dibilas dengan air. Kalau sape pernah pakai pembersih muka sari jeruk nipis dari Mustika Ratu, ia cleanser dalam kategori ini iaitu dari jenis krim. Sapu je dekat muka dan cuci dengan kapas je
  • Abrasive Scrubs: Cleanser ni jenis scrub macam biasa kita guna tu la. Tujuan dia adalah untuk membuang segala sel kulit mati. Tapi, kalau guna kerap sangat.. Kulit akan jadi kering.


Facial Cleanser ni elok dipakai masa pagi-pagi, masa petang balik keje dan juga malam sebelum tidur. Ada sesetengah orang kata, cleanser pakai je yang murah-murah sebab nanti nak basuh dah macam buang dia juga kan. Bagi yana tak kisahlah murah atau mahal, asalkan setiap produk tu  sesuai dengan kulit dan ada kebaikan untuk kulit.


 Ok, produk yang yana guna adalah macam-macam.. hehehe..





Sekarang yang kerap yana guna adalah SK-II Facial Treatment Cleanser.
Yana sangat suka tekstur dia yang lembut dan bau bunga dia 
yang sangat menyegarkan. Dalam dia pun ada Pitera.. tu yang best.. 
Bagi yana, tak semua kulit sesuai dengan SK-II. 
Ada yang ok, bila pakai bertambah elok. Tapi ada juga yang sebaliknya.
Kalau korang teragak-agak, cuba dulu yang trial set dekat kaunter SK-II.
Jangan beli yang tak ori tau, nanti rosak kulit..






Skin Renew Miracle Cleansing Gel dari Skin Renew Professional Solution
pun yana pakai juga kadang-kadang bila ada pimples keluar..
Yang ni memang special series untuk pimples dan dalam bentuk gel. 
Dalam masa dua hari je, kecut segala pimples.. hehe.. 
Boleh beli di salon Skin Renew.. Cawangan terbaru, baru di buka di The Curve..






Facial scrub yana guna dua jenis iaitu Skin Renew Whitening Scrub dan 
Gel Pengelupasan Syahirah. Dua-dua sama best.. 
(sila abaikan bunga di belakang tu ye) hehehe.. Cuma, scrub Skin Renew ada
fungsi whitening. Yana sangat suka scrub ni sampai masa mula-mula beli dulu,
hari-hari yana pakai.. hehehe.. Kulit nampak lebih bersih selepas guna..
Gel Pengelupasan Syahirah yana beli selepas baca review blogger.. 
Cepat terpengaruh betul yana ni.. hehehe.. Tapi scrub ni pun bagus dan 
harganya pun sangat murah. Yana selang-seli pakai di antara dua ni..




Toner/Penyegar




Selepas kita mencuci muka, tak semestinya muka 100% bersih. Atas sebab itulah, kita perlu pakai toner. Tujuannya adalah untuk membersihkan segala saki-baki kotoran yang tertinggal. Ia juga berfungsi untuk menutup segala pores yang terbuka masa mencuci muka.


Ok, produk yang yana guna pun adalah macam-macam juga.. hehehe..





Yana guna toner dari Avene. Cara gunanya spray je kat muka..
Toner ni sangat bagus walau untuk kulit sensitif.
Yana beli dua, satu yang saiz kecik.
Letak je dalam handbag, bila panas.. spray je kat muka.. Ada jual di Watson..


Kadang-kadang yana guna Skin Renew Whitening Lotion. Pun bagus juga
sebab selain dari fungsi sebagai toner, ia juga ada fungsi whitening..
Cara guna pun sama, iaitu spray je ke muka..


Yang ketiga yana baru je beli iaitu
Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion..
Nama je lotion tapi fungsinya adalah sebagai toner. Produk ni sangat laku
di Jepun. Sold every 4 sec.. dasyat kan.. hehehe..
Cara gunanya adalah dengan titiskan di tangan dan dap-dapkan je di muka..
Toner ni sangat sesuai untuk jenis kulit kering..
Boleh beli di Watson..






Yana guna juga dari produk SK-II sebagai toner iaitu
SK-II Facial Treatment Clear Lotion (dah nak habis pun) hehehe..
dan yang paling best adalah SK-11 Facial Treatment Essence..
Essence ni mengandungi 99% Pitera. Masa mula-mula yana beli dulu, belum
habis sebotol pun dah nampak kesan..cewahh.. Semua ni yana selang-seli pakai
dengan toner yang di atas. Sorry ye cleanser tu terselit sama..
Ni gambar entry lepas.. hehehe..




Moisturiser/ pelembab






Selepas cuci muka dengan facial cleanser, pakai toner mesti kena pakai moisturiser kan. Tu lah 3 langkah penjagaan wajah.. Pemakaian moisturiser ni pun sangat penting sebab ia berfungsi sebagai pelembab kepada kulit terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit kering. Kulit kering boleh menyebabkan muka kita cepat nampak tua..huhu.. Jadi pemakaian moisturiser sangat penting untuk memberi kelembapan pada kulit. 


Moisturiser ni di ibaratkan sebagai air kepada kulit wajah kita. Seeloknya dipakai pada setiap masa selepas mandi kerana pada masa tu, kulit kita masih lembab dan mampu menyerap moisturiser dengan lebih cepat. Pada malam hari pun penting untuk memakai moisturiser kerana ia boleh memperbaiki sel-sel kulit semasa kita tidur..


Pilihlah moisturiser yang sesuai untuk kulit. Bagi yang mempunyai oily skin juga harus memakai  moisturiser Sekarang banyak pilihan yang sesuai untuk oily skin.. Jangan pula mereka yang mempunyai oily skin membeli moisturiser untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Nanti kulit tu jadi bertambahlah oily.


Moisturiser terbahagi kepada dua jenis iaitu:


  • Lightweight Lotions: Moisturiser jenis ni boleh dipakai setiap masa dan selalunya mempunyai hyaluronic acid dan glycerin yang mampu menyerap pelembab tersebut dengan lebih mudah.
  • Heavy Moisturiser: Jenis ni pula selalunya mengandungi petrolatum, mineral oil dan shea butter yang mampu menghaluskan lagi kulit. Selalunya ia digunakan waktu malam sebagai krim malam. Moisturiser jenis ini sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai kulit jenis kering. 

Ok, ni antara produk yang yana guna..






Pada siang hari yana guna Skin Renew Hydro Defence sebagai moisturiser.
Kulit yana ni ada part yang oily, ada part yang kering. Yana guna moisturiser ni
sebagai pelembab harian. Yana suka sangat produk
ni sebab bila pakai ia tak berminyak
dan baunya wangi macam bunga ros.. 


Yang kecik tu pula ialah Skin Renew Comforting Fluid. Yang ni moisturiser 
yang agak heavy sebab ia sangat concentrate. Yana tak guna seluruh muka, 
cuma pakai pada tempat-tempat yang kering dan agak mengelupas.


Krim malam, yana guna Safi Rania Gold. Yana cuba setelah membaca
review blogger mengenai krim ni. Memang ia bagus dan harganya
pun sangat murah. Baunya sangatlah wangi. Hubby
yana pun suka bau krim ni.. hehehe..




Special Care Series



Ok, sini yana nak cadangkan beberapa produk yang bagus juga untuk kulit.. Yana dah cuba, sebab tu berani nak cadangkan..hehehe..






Clinique Pore Minimizer ni sangat bagus
untuk mengecilkan pores di wajah kita..
Kulit yana ada pores yang agak besar dan terbuka..
Yana pun membeli la produk ni 
setelah singgah di kaunternya..
Bagi yana, ia agak bagus sebab mampu mengecilkan
pores yana ni walaupun bukanlah 100%..







The Body Shop Vitamin C Skin Boost..
Yang ni sangat-sangat best.. Kalau tak pecaya pegi la beli.. hehehe..
Yana mula beli bila terbaca di Intrend (tak ingat keluaran bila), Siti Nurhaliza
pakai produk ni.. Apa lagi, terus pergi beli..Cepat terpengaruh
betul yana ni.. hehehe..Tapi memang berbaloi sebab
ia memang bagus. Vitamin C kan mampu mencerah dan
menghaluskan kulit. Yang paling best, bau dia sebiji
macam bau buah orange..Rasa macam letak pure
jus orange kat muka je..







Tiga benda di atas ni boleh dikatakan antara
penyelesai masalah bagi kulit berminyak..
Yang warna biru tu Kryolan Fixier Spray.. Yang tengah-tengah tu 
Origins Zero Oil dan yang dalam tin tu adalah Dr.Feelgood dari Benefit..
Yang paling bagus bagi yana adalah 
Kryolan Fixier Spray.. Lepas korang pakai foundation ke apa, spray je kat muka.. 
Memang tak oily la sampai petang.. Tapi yana tak pakai ni selalu.. Just
guna bila nak jalan jauh atau nak ke dinner.. 
Kalau kerap pakai, kulit boleh jadi kering.. 


Kalau untuk harian, yana selalu guna
Dr.Feelgood dari Benefit.. Yana beli ni di Gurney Penang..
Produk ni macam jenis balm.. Ada span dalam tin tu.. Cara guna
ialah dengan sapu je di muka guna span tu.. Selain dari boleh control oil,
ia juga ada vitamin C yang boleh kurangkan segala fine lines di wajah kita..


Zero oil, Origins yana jarang-jarang pakai sebab rasa macam kurang 
berkesan pada muka yana ni.. huhuhu...



Oklah, itu saja yang boleh di share bersama.. Kalau korang pun ada produk yang nak share, bolehlah bagitau ye.. hehehe..Kalau bagus, boleh kita sama-sama cuba..



ps: maaf ye yana tak upload gambar muka sendiri sebab yana blogger yang low profile.. hehehe..



1 comment:

miSzRiE said...

waw..sgt detail..bleh la wat rujukan nih :)