Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, December 20, 2010

Pesta Pulau Pinang & Teluk Tempoyak


Assalamualaikum..


Penatnye dua tiga hari  ni.. Tiga hari yana dengan hubby balik kampung sebab menghadiri walimah cousin yana dengan menyelasaikan beberapa perkara pasal pindah randah ni.. huhuhu..Walaupun penat, tapi best sangat dapat spend time dengan family.. Best sangat dapat bawa mak dan adik-adik pusing Penang..



Sehari sebelum walimah cousin yana tu.. Yana, hubby dan family jalan-jalan ke Pesta Pulau Pinang dan makan di Teluk Tempoyak. Adik yana yang bongsu nak sangat pegi pesta.. Biasalah kanak-kanak..hehehe.. Dulu arwah abah yang bawa kitaorang pegi sini.. Sekarang, yana dengan hubby bawa ke pesta pula.. Bukan main happy adik yana tu..huhu..





Cite pasal Pesta Pulau Pinang, kenala cakap Penang kan.. hehehe.. Bila mai pesta ni, jenuh berjalan sebab besaq sangat kawasannya.. Macam-macam gerai dok ada. Macam-macam barang depa juai sama ada dari dalam atau luaq negara. Harganya pun tak dakla mahai sangat. Boleh runding.. hehehe







Kalau nak makan pun, macam-macam gerai makanan dok ada.. Hampa cakap ja nak makan apa.. Tapi kami tak makan kat sini sebab memang dah plan nak pi makan kat Teluk Tempoyak.. Err...sorry naa abg baju kelabu tu, yana main snap je gambaq. hehehehe..




Haaa...ni la tujuan sebenaq adik yana nak  mai sangat pesta.. hehehe.. Nak main macam-macam mainan yang dok ada kat sini.. Tapi kesian dia dapat main satu je sebab hujan dah mula turun.. Kami pun cepat-cepat la nak balik takut nanti makin lebat pula..








Walaupun hujan, agenda makan tetap diteruskan..hehehe.. Sampai je di teluk tempoyak, macam biasalah memang sentiasa ramai dan susah nak dapat parking.





Gambar ni yana google je.. Nak ambil gambar dah malam, agak gelap..huhuhu..Kalau pegi makan sini, jangan lupa order segala macam ikan.. Nak bakar boleh, nak masak tiga rasa pun boleh, nak masak stim.. Semua ada la.. Kerang rebus, ketam, sotong.. Semua ada.. Kedai makan ni memang sangat famous di Penang. Pada sesiapa yang datang Penang, jangan lupa ke Kampung Teluk Tempoyak di Bayan Lepas.






Ni antara yang kitaorang order.. Siakap masak tiga rasa, Siakap Merah stim, Sayur Campur, Kerabu campur dan Tomyam campur.. Memang best!! Memang tak pernah menghampakan kalau makan kat sini.. Lagipun, tempat ni menghadap ke laut.. Sambil makan, bolehlah menikmati deruan ombak..hehehe..





Hubby yana memang minat sangat siakap masak tiga rasa..






Siakap stim pula favourite mak yana..


Sedap tak? hehehe.. MEMANG SEDAP tau.. :)
So.. Jangan lupa singgah Teluk Tempoyak bila mai Penang naa... hehehe..



19122010







Pagi Ahad, kitaorang ke kenduri cousin yana.. Dah kahwin sudah abangku ini..
Yana tak pernah anggap abang zaini sebagai cousin, tapi macam abang kandung
yana sendiri.. Kami membesar bersama, kami makan bersama, kami tuition 
sama-sama masa kecik dulu, kami bermain bersama, kami bergaduh
bersama.. hehehe.. Tapi lepas tu mesti berbaik semula..


Sekarang dua-dua dah kahwin.. Dah ada family sendiri,
tapi hubungan persaudaraan tu tetap akan utuh sampai bila-bila..
Wiyah..jaga abang yana baik-baik ye.. hehehe..


" Selamat Penganti baru abang zaini dan wiyah..
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.." ameen..



1 comment:

.vna erman. said...

blog walking...nice blog!
feel free to follow my blog dear
http://www.vnazone.blogspot.com