Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, December 6, 2010

Sup Tulang Lembu


Assalamualaikum..


Petang tadi masa yana sampai rumah selepas balik dari keje, hubby cadangkan yana masak sup tulang malam ni disebabkan hubby baru je membeli dua ketul tulang yang agak besar.. hehehe.. Tapi, faham-faham je la kalau nak makan sup tulang.. Nak tunggu dagingnya empuk bukannya kejap. So, kami decide makan je apa yang ada dulu sementara tunggu semuanya siap masak.. hehehe.. Tapi kalau lewat sangat, hubby sorang je la yang makan..  Yana sedang diet ni.. hahaha..


Ok, jom tengok sup tulang yang sedang di masak lagi ni..




Sup ni belum siap lagi tau..



Cara nak masaknye senang je.. 
Cuma masa masak tu je la yang agak lama sikit..


Bahan-bahan:


1 kilo tulang lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (diketuk)
2cm halia (dihiris)
Cili api (diketuk sikit supaya lebih pedas)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 paket sup bunjut Adabi (khas untuk sup tulang)
Sebiji ubi kentang (dibelah empat)
Carrot (potong memanjang)
Tomato (potong dadu)
Daun sup + Daun bawang


Dan... Yang paling penting adalah




Perencah Sup Siam Adabi.. Yang ni memang khas untuk sup tulang..
Sedap tau.. Rasa macam makan sup versi Thailand.. Cubalah..




Jom tengok macam mana nak masak sup tulang ni:

  1. Tumiskan sebiji bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga wangi.
  2. Masukkan tulang lembu yang telah dibasuh bersih bersama air
  3. Bila kuah telah mendidih, boleh masukkan ubi kentang dan carrot (yang ni kena masuk awal sebab lambat nak empuk)
  4. Masukkan juga Perencah Sup Siam dan Sup Bunjut (Sup Tulang) Adabi
  5. Masaklah sehingga daging empuk. Sebaiknya, masak hingga daging terlerai sedikit dari tulangnya.
  6. Setelah daging empuk, bolehlah masukkan tomato, cili api, daun sup + daun bawang
  7. Di kuali lain, tumiskan sebiji bawang besar yang telah dihiris. Setelah garing, masukkan ke dalam sup.
  8. Jangan lupa perasakan dengan garam + gula 


Ok, dah siap... Kalau sape yang suka masam-masam sikit, 
boleh perahkan air limau ke dalamnya. 
Sup tulang sedap dihidangkan dengan nasi panas-panas 
dan juga sambal kicap.. 





Gambar ni dapat dari Google. 
Yana tak sempat buat lagi sambal ni..



Tapi sini yana sertakan juga resepi sambal ni.
Senang nak buat.. Kadang-kadang yana buat sambal
kicap ni bila nak makan dengan bubur nasi..



Bahan-bahannya:

6 ulas cili api (kalau nak lagi pedas, boleh tambahkan)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Kicap manis
Gula



Cara-caranya:

  1. Tumbuk cili api, bawang merah, bwang putih dan belacan
  2. Masukkan kicap ke dalam bahan yang ditumbuk tadi
  3. Masukkan gula dan gaul rata
  4. SIAP!!


"SELAMAT MENCUBA"


1 comment:

Queen F said...

wahh sedapnye..

kecurr air liur hamba dibuatnye.. :P