Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, December 31, 2010

Pindah Rumah..


Assalamualaikum..

Berapa jam je lagi kita dah nak melangkah ke tahun 2011.. Yana dengan suami masih sibuk kemas rumah untuk pindah (tapi masih sempat berblog).. hehehe.. Penat juga ye nak pindah rumah ni.. Alhamdulillah, dapat juga kami ke utara pada awal tahun 2011 ni.. Sekurang-kurangnya dekat dengan mak dan adik-adik setelah pemergian abah..


Ermm..sampai sekarang dah hampir 80% rumah telah dikemas.. Letihnya tak taulah nak cakap kan.. hehehe.. Siapa yang ada pengalaman pindah randah ni tahulah macam mana rasanya..





Ni baru separuh barang.. 
Semua sumbat je kat bilik belakang nun..
Banyak lagi nih...adehhh
Bersepah kan? hehehe







Satu kotak ni handbags yana je.. 
Hubby geleng kepala.. hehehehe..




Ok lah, tu semua selingan je.. Jom kita tengok tips untuk pindah rumah:



1.  MENGEMAS RUMAH




Tentulah mengemas rumah kan.. Sebelum mengemas segala barang yang ada, tentukan barang yang penting dan barang yang dah takde kepentingan lagi. Bagi barang yang penting, bungkus dan simpanlah dalam kotak. Bagi barang yang dah takde kegunaan tu, bolehah dibuang ataupun bagi pada sesiapa yang memerlukan. Jangan pula ada rasa 'sayang nak buang' walaupun barang tu dah takde kegunaan lagi. Nanti tak muat lori yang nak mengangkut.



2.  LABELKAN SETIAP BARANG 

Bila dah mengemas barang dan masukkan dalam kotak. Jangan lupa melabelkan setiap kotak tersebut agar mudah untuk mencari barang tersebut kelak. 



3. JANGAN KEMAS RUMAH LAST MINIT

Kemas rumah ni satu benda yang sangat rumit dan memenatkan. Oleh itu, jangan buat last minit. Nanti demam kot.. hehehe.. Bila dah ada perancangan nak berpindah tu, mulakan sikit-sikit dari awal. Misalnya, mengemas buku-buku, novel, pakaian yang jarang digunakan sehinggalah kepada mengemas barang-barang yang penting.



4. PENGANGKUTAN






Jangan lupa uruskan pengangkutan. Perlu fikir sama ada memilih perkhidmatan pindah rumah ataupun nak urus sendiri. Jika memilih perkhidmatan pindah rumah, pastikan dulu ia boleh dipercayai. Jika memilih untuk menguruskan sendiri, pastikan anda cukup tenaga bantuan untuk menguruskan perpindahan dari rumah lama ke rumah baru.



Oklah.. tak tau dah nak tulis apa.. Banyak lagi barang yang nak dikemas..huhu..
Ada sape-sape nak tolong.. hehehe


2 comments:

Nona*maNis said...

wahhhh..mesti penat kan pindah?

~ L.Y.A.N.A~ said...

mmg sgt penat myra.. tp best sbb nak balik ke utara.. hehehe.. bye2 perak..