Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, December 6, 2010

Kenapa Orang Muda Zaman Sekarang Tak Suka Pergi Kenduri Kahwin??



Assalamualaikum..


Sekarang musim cuti sekolah mesti ramai orang kahwin kan..  Pada yang telah atau akan melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah ni.. Tahniah yana ucapkan kerana telah melaksanakan salah satu dari tuntuan agama. Ok, yana bukan nak cakap pasal sape yang berkahwin pada musim cuti sekolah ni. Cuma yana tertarik untuk bincang satu topik mengenai orang-orang muda zaman sekarang yang kurang minat hadir ke kenduri kahwin. 



 Source: Google



Kalau ada antara kenduri yang mereka hadir pun, mungkin itu adalah kenduri kawan ofis, jiran satu taman, kawan sekolah rendah, saudara-mara atau sape-sape yang mereka kenal rapat. Kalau kenduri rakan ofis ibu dan ayah ke, atau kenduri sepupu yang dah sepuluh tahun tak jumpa ke, atau kenduri anak kepada bos ayah ke.. Mesti diaorang tak nak pergi kan? Kadang-kadang jenuh kena paksa dengan mak ayah.. hehehe..


Mesti ramai yang macam ni kan? Termasuklah yana juga.. hehehe.. Masa zaman belasan tahun dulu, kalau mak ayah ajak ke kenduri kawan-kawan mereka, jenuh yana dan adik-adik mengelak. Akhirnya yang ikut, hanyalah si bongsu yang baru berumur lapan tahun. 


Yana masih ingat mengenai pakcik yana (masa tu dia baru 20-an dan masih bujang) di ajak ke kenduri kahwin salah satu family dalam kampung oleh nenek dan atuk yana, jenuh pakcik yana mengelak tak nak ikut. Apa lagi, nenek yana pun membebel la.. Yana ingat lagi dialognya yang satu ni, "Kalau hang asyik tak mau pi kenduri orang lain, nanti kalau kenduri hang pun orang tak mau mai baru hang tau.." Ermm.. betul juga kan kata-kata nenek ni. Tapi, bila pakcik yana ni kahwin dan mempunyai anak. Rajin pula dia pergi kenduri kahwin.. 


Dari sini kita boleh nampak di mana semasa muda dan bujang, ramai antara kita yang tak suka hadirkan diri ke kenduri kahwin. Mereka lebih suka buat hal sendiri.. Kenapa perkara ini terjadi? 


Yana pun susah nak jawab sebab yana sendiri salah seorang darinya, cuma bila yana dah berkahwin baru rajin sikit hadirkan diri ke kenduri kahwin. Lagipun dalam fasa umur yana 25 tahun ni, ramai kawan-kawan yana yang sedang melalui fasa untuk berumahtangga sekarang. So, memang banyak jemputan kahwin. Takkan tak nak pergi kenduri kawan-kawan kan.. Malah, yana pun kena temankan suami hadir ke kenduri kawan-kawannya juga.



Source: Google



Ok, apa yang yana rasa sebab perkara ini terjadi adalah kemungkinan dari cara komunikasi orang-orang muda zaman sekarang yang lebih selesa berada dalam kelompoknya sahaja. Yela, yang paling ramai di majlis perkahwinan selalunya adalah dari golongan pertengahan. Kebanyakan dari remaja zaman sekarang sukar untuk bercampur dengan golongan yang bukan dari kelompok mereka. Atas sebab itulah golongan muda zaman sekarang tak berminat untuk hadir ke kenduri kahwin. 



Sebab yang lain, yana rasa mungkin disebabkan faktor umur. Masa zaman kanak-kanak, ajak ke mana pun mesti ikut. Tak ajak pun nak ikut juga kan.. hehehe.. Bila dah meningkat remaja.. Dah makin dewasa, mula la timbul rasa malu nak bertandang ke rumah orang yang kita tak kenal. Malahan, ada yang rasa malu untuk ikut mak ayah ke sana sini disebabkan dah semakin dewasa. Takut di cop 'anak mak' kot.. hehehe..



Ok, cuba renungkan hadis di bawah, 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Apabila seorang daripada kamu di undang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."   (H.R Al-Bukhari dan Muslim)


"Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan (walimah) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka ia menderhakai Allah dan RasulNya."   (H.R Muslim)


Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa tuntutan memenuhi undangan perkahwinan itu adalah wajib. Tambahan pula jika ia dijemput secara khusus melalui kad jemputan atau wakil. Oleh itu, pada golongan muda yang masih 'malas' untuk menghadiri undangan majlis pekahwinan.. Cuba-cubalah biasakan diri dari sekarang, kerana wajib bagi kita untuk hadirkan diri walaupun sekejap jika telah dijemput. Ni, pesanan untuk diri sendiri juga.. hehehe..


Pada yang belum berkahwin, manalah tau kan.. kot-kot bertemu jodoh di kenduri kahwin yang kita hadiri tu.. hehehe.. 






Ok, di kesempatan ini, yana nak ucapkan selamat pengantin baru pada yang bakal berumahtangga pada musim cuti sekolah ni. Termasuk cousin yana, Mohd Zaini yang akan berkahwin dua minggu lagi.. Mesti dub dab dub dab kan? hehehe... Welcome to the club..




3 comments:

cplud miera said...

btul tu yana..cplud pon slh seorg yg mls ke kenduri kawen nih..aduyaaai

Ainismaira said...

haha.. saye pn same mls.. kalo ade kwn boleh la pergi.. malu la nak jmpe ramai org.. hhuhu

Nona*maNis said...

btul la kak emy..
mak myra pon ckp cam tu.

kalau kte xgi knduri org,nnt org xdtg knduri kte.