Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, December 1, 2010

Perancangan Kewangan Menyambut Kelahiran Bayi


Assalamualaikum..


Kali ni kita sembang-sembang pasal cara membuat perancangan kewangan pada bakal-bakal ibu yang akan melahirkan bayi tak lama lagi.. Bestkan bila disahkan hamil terutamanya bagi  pasangan yang baru berkahwin. Untuk menyambut kelahiran anak sulung, mesti ibu bapa tu nak bagi yang terbaik untuk bayi mereka. Macam-macam persiapan akan dilakukan. Oleh itu, suami isteri tersebut perlulah merancang kewangan dengan sebaiknya dari awal kehamilan hingga menjelang kelahiran. 


Masa awal kehamilan, setiap pasangan perlu sediakan bajet untuk rawatan sepanjang proses kehamilan tersebut. Di penghujung kehamilan pula, perlu sediakan bajet untuk menyediakan keperluan bayi dan proses semasa bersalin terutamanya bagi yang bermasalah seperti bayi terpaksa dilahirkan secara bantuan seperti forcep, vakum atau pun ceaserean. Mungkin juga, bayi yang dilahirkan ada masalah sehingga ibu dan bayi terpaksa ditahan lebih lama di wad. Semua tu pun memerlukan kos pembiayaan.


Ok, jom tengok beberapa langkah merancang kewangan 
semasa menunggu kehadiran si kecil anda.. :)



1. Tetapkan tempat di mana anda ingin melahirkan nanti 
dan kos yang di kenakan





Jika kurang berkemampuan, pilih pusat bersalin di Hospital Kerajaan
yang bayarannya jauh lebih murah dan juga mempunyai khidmat pakar yang bagus, 
namun suasananya kurang selesa.






Jika berkemampuan pula, bolehlah pilih pusat bersalin di Hospital swasta
yang juga mempunyai khidmat pakar yang bagus, suasana yang lebih selesa..
Namun bayarannya lebih mahal


Tapi bagi yana, apa yang paling terbaik adalah memilih hospital yang lebih dekat
dengan rumah. Selepas dah pilih lokasi, hubungi pusat bersalin tersebut
bagi mengetahui berapa anggaran kos yang dikenakan jika bersalin di situ. 


Jika perlu, pergilah ke pusat tersebut bagi melihat sendiri suasana persekitarannya 
untuk kepuasan anda. Bagi pasangan yang tidak mempunyai kenderaan
sendiri pula, paling penting untuk mempunyai nombor telefon teksi
dan ambulan supaya senang dihubungi bila dah tiba saat kelahiran.
Jangan last minit baru nak berlari ke sana ke mari cari transport tau..




2. Pastikan dengan majikan sama ada kos bersalin
ditanggung oleh pihak syarikat atau tidak.







Jika ya, pastikan pula bagaimana prosedur tanggungan tersebut. 
Adakah ditanggung sepenuhnya ataupun separuh saja.
Cara ni akan memudahkan lagi pasangan suami isteri tersebut untuk
menyediakan bajet untuk bersalin. Selain tu, pastikan juga sama ada
pemeriksaan kehamilan juga ditanggung oleh pihak syarikat atau tidak.




3. Menyimpan Wang untuk Kos Bersalin






Jika pihak syarikat tidak menanggung kos bersalin, atau hanya
menanggung separuh dari kos bersalin. Pasangan suami isteri
tersebut perlulah mula menyimpan wang. 


Ok, sini yana sertakan dua cara untuk menyimpan wang, iaitu
dengan menyimpan secara rutin setiap bulan atau dengan menyimpan
sekaligus. Cara ni adalah untuk mereka yang dah ada simpanan yang dimanfaatkan.




4. Menyimpan Wang untuk Keperluan Bayi



Kecik-kecik dah pakai Gucci... huhu..



Pasangan suami isteri perlu menyimpan wang untuk membeli
barang keperluan bayi juga. Bukan hanya untuk kos bersalin saja..
Paling penting, sediakan sejumlah wang untuk membeli pelbagai
keperluan bayi seperti pakaian, stroller, 
mainan dan pelbagai lagi untuk beberapa bulan pertama.



Sebelum membeli belah, buatlah satu senarai semak.
Ia penting agar tidak tercicir setiap dari barangan yang perlu dibeli.
Ketika membeli belah pula, jangan tergopoh-gapah membeli
barang yang kita baru lihat untuk pertama kali.
Buat perbandingan harga  dengan barangan dari jenama lain.
Setelah membuat perbandingan, lihat kembali senarai semak.
Bezakan antara barangan yang paling mustahak untuk menyambut
kelahiran bayi dengan barangan yang boleh ditangguhkan.
Keluarkan kembali senarai semak dan tandakan (KIV) pada barangan
yang boleh ditangguhkan pembeliannya.




Cantikkan botol susu Dior ni.. hehehe..



Bagi keperluan seperti makanan bayi, susu dan pampers pula 
masukkan dalam perbelanjaan bulanan keluarga..




5.  Ambil Insuran Nyawa






Insurans boleh digunakan untuk menampung kos bersalin
dan segala keperluan bayi nanti..



Ok, itu saja.. Ingatlah, perancangan kewangan sangat penting bagi sesebuah organisasi keluarga. Ia bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main sebab ia melibatkan masa depan. Semoga segalanya dipermudahkan untuk 
semua bakal-bakal ibu.. ameen..



________________________________________________________



Ni salingan je ye.. Yana suka tengok Suri Cruise..
Dia comel sangat kan.. pandai bergaya pula tu... Jom tengok...




 
Kecik-kecik dah pakai heels.. hehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

Kecik-kecik dah pandai shopping di Hermes.. 
amboi2... hehehe

|
|
|
|
|
|
|
|
|
v


Dress Suri ni, Burberry okay!! huhuhu..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v


Comel sangat kan Suri ni? Geram yana tengok..hehehe

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v



Yang ni memang sengal sangat.. huhuhu..
Suri 1st poo..




4 comments:

abah_izz said...

betul2...kena buat perancangan yg betul, kalau yg 1st selalunya akan buat yg terbaik, untuk sambut anak yg pertama..kann

Anak2 saya semuanya lahir kat PPUM,...alhamduliilah semua selamat

simply nana said...

salam...semoga yana juga akan dipermudahkan segala urusan..amin..anak tom cruise ni memang comel..pandang slalu nnti anak pun iras2..amin...

~ L.Y.A.N.A~ said...

abah izz> betul2.. yg sulung mmg byk kena wt persiapan.. utk anak yg seterusnya, boleh recycle balik brg2 anak yg 1st.. boleh berjimat kat situ..


nana> ameen.. TQ nana dear.. a'a.. kalau kerap pndg suri cruise ni, mne la tau kot2 keluar baby nt mcm muka dia kan..comellsss..suke2.. hehehehe..

pink lady said...

ye betul bajek itu penting... sama la gn saya, menunggu masa untuk melahirkan ank yng pertama ni... lyana dah bape bulan?