Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, December 3, 2010

Mybrain 15

 

MyBrain15 tingkat jumlah pemegang Ph.D dilancar

 

 

PUTRAJAYA 25 Sept.






Kementerian Pengajian Tinggi hari ini melancarkan program MyBrain15 sebagai satu usaha menambah bilangan pemegang ijazah Ph.D yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program itu perlu kerana sehingga kini jumlah pemegang ijazah doktor falsafah di Malaysia hanya sekitar 8,000 orang. Kata beliau, jumlah itu menghalang negara untuk mewujudkan ciptaan atau inovasi yang mampu menjana pembangunan ekonomi.


"Sekalipun terdapat kerjasama antara universiti dan industri dalam melaksanakan beberapa inovasi tetapi universiti tidak menjadi sumber utama untuk tujuan itu melainkan sumber rujukan."


"Kita mahu melakukan perubahan pada senario itu dan pemegang Ph.D tempatan perlu menjadi tonggak dalam memandu inovasi negara kita," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program MyBrain15 yang bermatlamat melahirkan 60,000 pemegang Ph.D menjelang tahun 2023 di sini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A Hassan. Pada majlis itu, seramai 1,261 calon menerima tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ph.D di beberapa buah universiti utama di dalam dan luar negara.


Mohamed Khaled berkata, tonggak kepada kejayaan program MyBrain15 adalah di tangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana merekalah kilang melahirkan tenaga pakar tersebut.


_________________________________________________






Assalamualaikum... Ok, kali ni entry yana serius sikit..


Negara kita masih kekurangan tenaga pakar dalam bidang-bidang tertentu. Atas kesedaran itu, kerajaan telah menyediakan satu dana dalam RMK-10 bagi menampung pembiayaan kepada golongan yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Program Mybrain15 yang telah direncanakan dalam RMK-10 adalah satu daripada program yang telah menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat kerana ia bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pakar yang berpangkat Doktor. Pelancaran program ini membuktikan bahawa kerajaan tetap memberi perhatian kepada golongan yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi. Melalui dana yang disediakan ini, jumlah rakyat Malaysia yang mempunyai PhD akan bertambah.


Apabila tenaga pakar semakin bertambah, pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi  juga akan meningkat, hasil dari kepakaran yang disumbangkan. Oleh itu, para graduan haruslah mempunyai kesedaran dan semangat untuk membangunkan negara sendiri dengan ilmu yang dimiliki.  Bukan dengan mengejar pekerjaan di luar negara hanya semata-mata ditawarkan tangga gaji yang lebih tinggi. Janganlah menjadi seperti 'kacang lupakan kulit'.


Kerajaan telah memberikan dana dengan harapan agar segala tenaga pakar dapat disumbangkan untuk negara bukan kepada negara luar. Janganlah jadi seperti apa yang berlaku baru-baru ini, apabila ramai graduan perubatan negara kita yang telah bekerja di Singapura. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya, seramai 20 graduan perubatan daripada 209 yang telah lulus telah menerima tawaran untuk menjadi doktor pelatih di Singapura. Malahan, dijangka seramai 80 graduan lagi yang akan meninggalkan Malaysia untuk bekerja di hospital-hospital Singapura. Apa yang lebih menyedihkan ialah kebanyakan dari graduan ini tidak akan pulang untuk bekerja di dalam negara walaupun kebanyakannya menerima biasiswa kerajaan sepanjang lima tahun pengajian.


Para graduan harus mempunyai kesedaran bahawa segala dana yang diberikan oleh kerajaan adalah dari hasil titik peluh rakyat yang mengharapkan tenaga pakar yang dihasilkan dapat menyumbang ilmu kepada pembangunan negara. Ingatlah bahawa corak kepimpinan akan datang adalah dari apa yang telah ada pada hari ini. Oleh itu, sebagai generasi pelapis pada hari ini haruslah mempunyai kesedaran untuk melihat kemajuan negara pada masa akan datang, bukannya sibuk untuk membangunkan negara lain.


Kesimpulannya, segala dana yang telah disediakan oleh kerajaan ini haruslah dimanfaatkan dengan baik agar dapat mencapai kemajuan pada diri sendiri dan juga untuk membangunkan negara. 


Bagi para pelajar yang berminat untuk terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi, bolehlah memohon dana dari program Mybrain15 ini. Maklumat lanjut dan syarat kelayakan mengenai Mybrain15 boleh rujuk di sini.






No comments: