Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 12, 2013

Baby Food during Travel..


Assalamualaikum..

Seminggu tak update blog.. Last week yana satu family ke Melaka. Asalnya nak ke JB ikut papa outstation. Tapi sambil menyelam minum air, sebelum ke JB kitaorang singgah di Melaka dulu.. Yana sangatttt suka pergi Melaka sbebab Melaka sebiji macam Penang. Terubat rindu nak balik kampung.. Huhu.. Esoknya terus ke JB dan hari ni masih berada di JB.. InsyaAllah esok pulang ke rumah..


Sepanjang travel duduk di hotel ni, macam mana Rayyan mamam? Ada yang memberi pandangan bawa je Nestum ke, Cerelac ke, Biskut Rusk ke, Milna ke or puree Heinz tu.. Senang nak bagi baby mamam bila travel. Ermm.. Yana hanya senyum dan cakap ok.. Cakap ok sebab tak nak panjang cerita tapi tak semestinya kena patuh kan.. Huhu..


Semua instant food baby tu yana tak nak bagi pada Rayyan sebab tinggi kandungan gula, ada bahan pengawet dan macam2 lagi la.. Makanan yang berkhasiat untuk anak2 ialah homemade food air tangan ibu.. Sedangkan kita orang dewasa pun tak digalakkan amik instant @ fast food. Inikan pula baby yang masih kecil..


Kitaorang bertolak ke Melaka dan JB dengan segala blender, rice cooker, beras dan stock2 puree yang yana dah siapkan di rumah.. Dah sampai sana, kitaorang beli lagi sikit sayur2 di Tesco untuk Rayyan.. Tak susah pun nak prepare baby food bila duduk hotel..


Di Melaka kitaorang stay sehari saja, yana dah siapkan oat untuk Rayyan sebelum bertolak. Rayyan mamam oat malam tu.. Masa di JB pula kitaorang amik Suite yang ada dapur. Senang sikit nak masak2 untuk Rayyan..











Sehari sebelum bertolak, yana dan papa dah pergi cari mini rice cooker ni. Senang bawa yg kecik je.. Tapi kalau sape dah beli blender brand Beaba sangat la bestttttt!!! Sebab blender tu ada function untuk masak bubur sekali. So, usung blender tu je.. Nak blender tu pula nanti boleh tak papa? Hehehe..







Stock puree Rayyan.. Ada broccoli, sweet potato, carrot, pumpkin, baby peas, prune dan kurma.. Semua buat siap2 kat rumah..





Cari juga sayur fresh untuk Rayyan.. Kesian pula kalau asyik mamam yang frozen puree je.. Sayur yang senang nak handle.. Celery, asparagus dan broccoli..





Brown rice khas untuk Rayyan.. Rendam 24hr, sangai dan blend.. Sebab kena rendam beras boleh rujuk artikel mengenai rendaman oats..















Siap bubur broccoli dan asparagus untuk Rayyan..



























Mama papa pun keje makan je bila travel ni.. Dah lama teringin makan kacang pool. Dapat juga rasa kat JB ni.. Sape yg datang JB wajib makan kacang pool haji ni. Sedapp!! Sampai 2x kitaorang datang makan situ. Hehe










Tauhu bakar pun famous di JB ni.. Juga di gerai kacang pool haji..






Jangan lupa mee tulang gear box ni juga bila datang JB!! Di Restoran Sup Tulang ZZ..






Ni pula di Benafee Village restoran milik aktres Betty Benafe.. Adik ipar yana yang bawa kitaorang ke sini.. Adik ipar yana keje di JB ni. Memang sedappp dan ada macam2 pilihan makanan di sini.. Sape nak chinese cuisine, malay, nasi padang, claypot, western semua ada dan restorannya sangat cantik..


Balik KL nanti sila timbang berat badan ye yana.. Hehe..makan je keje ko bila jalan2 ni..hehe..



- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: