Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, March 17, 2013

I LOVE Weekend!!


Assalamualaikum..

Bila weekends mesti happy sangat!! Mula la mood rajin menjelma.. Pagi2 sabtu dah pikir nak masak apa untuk papa.. Tapi, papa kata sabtu kita makan luar je bawa Rayyan jalan2.. Ahad baru masak..


Sejak ada Rayyan, jarang sangat dapur berasap. Hehe.. Kalau berasap pun untuk Rayyan je. Dekat Rayyan hari2 yana masak. Takkan nak bungkus lauk kat luar pula untuk Rayyan kan.. Hehe.. Tapi kena juga kadang tu cari masa untuk masak kat suami pula.. Perut suami pun kena jaga juga. Kesian pula kalau asyik makan nasi bungkus.


So, sabtu adalah masa mengemas rumah sama2 dengan papa dan petangnya bawa Rayyan jalan2. Tiba2 kitaorang craving sangat nak makan sushi!! Yana ni memang hantu sushi. Hehe. Masa zaman master degree dulu, bila ada duit mesti pergi makan sushi dengan roomate yana yang mempunyai minat yg sama. Makan sampai nak muntah ok! Heeee...





Kalau Rayyan nak tahu, sushi king la tempat mama papa dating2 dulu masa Rayyan takde lagi.. Hehe.. Sekarang datang bawa Rayyan pula.. :)


Ahad pukul 8am yana dah start masak breakfast dan dinner. Haaa masak dinner awal, sebab nak pergi kenduri. Tapi last2 makan untuk lunch juga, tak jadi pergi kenduri sebab hujan lebattttt sangat. Breakfast masak simple je.. Makaroni goreng..





Untuk lunch yana masak Opor Ayam sejenis Indonesian food. Kalau bahasa kita ayam masak hijau kot. Family sebelah arwah abah yana orang Banjar. Balik kampung sana mesti ada opor ayam tapi yana tak pandai buat. Tapi teringin!! So, yana pun Google la, amik resepi dari ::dari Dapur CT:: Tq kak CT share resepi di blog.. Dapat yana cuba buat resepi yang memang sedap ni.


OpOr AyAm..

Bahan2:




Ayam
Terung bulat (potong dua bahagian)
Santan kelapa



Bahan Kisar Halus:

10 biji Cili Hijau (bahan paling penting)
2 labu Bawang besar
5 helai Daun ketumbar
Halia
3 batang Serai
2 helai Daun limau limau purut - buang uratnya
1 inci belacan
2 sudu besar ketumbar biji - sangai dulu sebelum dikisar
1 sudu besar jintan manis - sangai dulu sebelum dikisar
1 sudu besar rata lada putih biji


Hiasan:

2 batang cili merah - belah dua (takde cili merah yana guna cili hijau juga)
Daun ketumbar - hiris kasar


Cara-cara :

1. Kisar semua bahan kisar yang tersenarai di atas





2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak

3. Masukkan ayam dan biar ayam mereneh dalam bahan tumis selama lebih kurang 20 minit supaya isi ayam serap bahan tumis..





4. Masukkan santan dan terung bulat

5. Bila kuah dah mendidih, taburkan daun ketumbar dan cili yang dipotong. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.

SIAP!! Makan dengan nasi panas2. Perghh!!






Papa request kerabu mangga juga. Pagi2 papa dah keluar cari mangga. Hehe..







Bahan2:

Mangga (campur mangga muda dengan mangga dah masak)
Bawang merah
Bunga kantan
Cili api
Ikan bilis (kalau nak ganti dengan kacang tanah @ kacang gajus lagi sedap)
Daun limau purut
Limau purut
Gula
Garam


Cara2:

Ikan bilis di goreng garing
Hiris semua bahan dan campur semuanya
Perahkan limau nipis
Perasakan dengan garam dan gula
SIAP!!





Jemput makan.. 2 jenis lauk je.. Hehe..


Malamnya jalan2 Setia City Mall yang sangat cantik. Dinner kat sana je.. Halal Korean Food dekat Jom Coffee SCM..





Beef Bulgogi untuk papa..





Tak ingat nama apa.. Tapi rice with chicken curry. Korean curry tak boleh lawan kari Penang mai. Hehe..


Shopping baju budak tecik ni juga dekat Mothercare.. Dan baju mama.. Tq papa :)




Saya suka weekend!! Heee.. :)


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: