Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, March 21, 2013

Nasi Ayam dan Pasta Versi Baby (9 month above)


Assalamualaikum..

Tiap2 pagi yana fikir nak masak apa kat buah hati kesayangan mama sorang ni.. Selalu yana rujuk pada group HSFFYB dan resepi dari penulis makanan dan nutrisi kanak2 yang sangat famous iaitu Annabel Karmel..


Lunch semalam yana masakkan Rayyan Nasi Ayam versi baby.. Kalau dah buat stock ayam, senang nak masak macam2. Sangat senang nak buat nasi ayam versi baby ni. Tak macam nasi ayam untuk kita yang agak renyah.. Huhu..



Nasi Ayam versi baby (9 month above)




Bahan2 untuk nasi ayam:

Bunga lawang dan kulit kayu manis
Unsalted butter
Sehiris halia
Sebiji bawang merah
Kunyit hidup
Homemade stock ayam


Kaedah:

Tumis bawang merah, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis dalam unsalted butter
Masukkan stock ayam
Masukkan beras
Tambah air sedikit sebab nasi baby ni kena masak lembik



Bahan2 sup:

Bawang merah
Homemade stock ayam
Ayam
Carrot
Leeks


Kaedah:

Tumis bawang merah
Masukkan isi ayam
Masukkan stock ayam, carrot
Bila sup mendidih masukkan leeks
NO SALT & SUGAR untuk baby below 2yr..
SIAP!!



Rayyan baru 9 bulan dan gigi ciput2 lagi, yana still kisar. Tapi kisar kasar.. Bila dah siap.. campurkan sup, sayur dalam nasi ayam dan kisar kasar.





Berselera anak mama mamam nasi ayam.. Next week dah boleh introduce daging pula untuk Rayyan.. Sedang mengumpul resepi..




Pasta Penne with Cheesy Pumpkin & Apple Sauce (8month above)


Lunch hari ni pula yana baru introduce Rayyan pasta. Tapi bukan dengan pasta sauce dari buah tomato sebab tomato boleh intro pada baby 10 bulan. Rayyan baru 9 bulan, so mama buatkan cheesy pumpkin and apple sauce makan dengan pasta penne.. Resepi dari group HSFFYB.. Serius sedap!! Sebelum kisar, mama makan setengah dari pasta tu.. Hehe.





Bahan2:

Labu
Apple
Homemade puree kurma
Bawang merah
Unsalted butter
Pasta penne (pasta jenis apa pun takpe).. Yana guna brand ni. Organik pasta.





Tapi lepas ni nak cari pasta khas untuk baby..






Kaedah:





1. Tumis bawang merah dalam unsalted butter
2. Masukkan apple dan labu yang dah disteam dan dikisar
3. Masukkan puree kurma
4. Masukkan pasta yang dah siap direbus
5. Masukkan cream cheese
6. Masak sampai kuah agak pekat
SIAP!!


Bila dah sejuk, yana kisar kasar pasta ni dan boleh serve pada baby. Semangkuk licin Rayyan mamam. Anak mama ni kalau mama masak ala western mesti habis licin mamam. Hehe..






Selamat memasak untuk anak anda. :)


- Posted using BlogPress from my iPad



No comments: