Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, March 16, 2013

Pumpkin Sauce & Pumpkin Soup for Baby (8mth above)


Assalamualaikum..

Bestnyeee bila weekend kan. Hehe. Pagi2 yana dah ajak papa ke Jaya Grocer nak cari barang untuk masak kat Rayyan.. Yana nak buat pumpkin + sweet potato sauce kat Rayyan. Amik resepi dari group HSFFYB..


Memang sedapppp sauce dia sampai yana dan papa mamam sekali. Kalau dapat letak garam gula mesti lagi sedap. Hehe.. Tapi untuk Rayyan a big NO garam dan gula.. Tunggu Rayyan dua tahun ke atas ye sayang baru mama bagi makan garam gula..


Ni resepi untuk baby yang dah 8 month above..

Bahan2:

Unsalted butter
Bawang besar holland
Bawang putih
Unbleached plain wheat flour
Labu kuning
Keledek (yg isi oren)
Italian herbs
Cream cheese


* Kalau baby alergik dengan susu lembu jangan masukkan cream cheese..


Ni rupa unbleached wheat flour. Yana amik yang organic punya. Kalau takde ni nak guna tepung atar pun boleh..






Ni Italian Herbs.. Dkt Tesco dan Giant pun ada..






Kaedah:




Labu dan keledek di steam dulu dan dikisar. Untuk Avent Philips, steam air dalam 150ml..

Kemudian..

Tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan dalam unsalted butter..
Masukkan setengah sudu unbleached wheat flour + sedikit air
Masukkan labu dan keledek yang dikisar tadi
Masukkan setengah sudu cream cheese
Masukkan sedikit Italian herbs
Masak sampai kuah pekat..
Siap!!





Di kuali asing masak bubur nasi untuk di makan bersama pumpkin and sweet potato sauce.. Boleh juga makan dengan bijirin millet.. Baby 8 month above dah boleh makan millet dengan kaedah rendaman juga.





Masa untuk mamam.. Tengok je tapi mama yg suapkan. Hehe..





Anak mama ni lidah western ye.. Jarang Rayyan habis mamam semangkuk ni.. Tapi kali ni licinnn Rayyan mamam. Hehe..


Ni resepi lain pula tapi still berasaskan labu..


Sup Labu


Bahan2:

Bawang besar holland
Bawang putih
Homemade puree labu
Asparagus
Celery
Baby peas
Homemade stock ayam
Isi ayam (Yana guna bahagian dada)







Kaedah2:

Tumis bawang merah dan bawang putih dalam pure olive oil
Masukkan isi ayam
Masukkan stock ayam
Masukkan puree labu
Masukkan celery, asparagus dan baby peas..
Siap!!

Senang kan.. Main campak2 je semua bahan. Boleh mamam dengan bubur nasi..






Ni sebelum di kisar..


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: