Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, March 6, 2013

Oat with Apple, Blueberries & Raisins for Rayyan..


Assalamualaikum..


Dinner Rayyan malam ni yana buatkan oats. Lunch Rayyan dah mamam bubur dengan ayam dan asparagus. So, dinner oats pula..


Baby 8 bulan dah boleh introduce buah blueberries.. Dengan 4 day rules juga ye.. Semalam dah ajak papa shopping barang dapur untuk Rayyan. Sape2 yang tinggal area KL dan Selangor, kalau nak shopping barang dapur yang barangnya susah nak jumpa kat mana2 tempat. Sila lah ke Jaya Grocer.. Semuaaaa ada. Serius!! Best sangat pegi situ. Dari buah, sayur sampailah ke barang organic semua ada.. Zucchini, buttersquash, parsnip, rempah ratus 'mat saleh' macam rosemary, daun tyme semuaaa ada.


Ok, berbalik pada topik utama.. Dinner Rayyan oats+ apple + blueberries+ raisins.. Nyam2.. Rasanya manis je.. Yana mamam sekali dengan Rayyan. Hehe..



Macam biasa, Rolled Oats direndam selama 24jam. Boleh tengok topik sebelumnya mengenai rendaman bijirin..






Sediakan apple, blueberries dan raisins..






Masukkan je semua dalam kuali.. Masak oats sampai likat. Kena rajin kacau sebab ia mudah melekat2 pada kuali.. NO SUGAR & SALT!!












Dah masak likat.. Tunggu oat sejuk campurkan susu ibu. Jangan campur susu ketika oat sedang panas nanti hilang khasiat susu. Dalam oat Rayyan yang campur buah memang yana masukkan sekali dengan susu. Tapi kalau dengan ayam, ikan tak masukkan susu. Nabi pun ajar jangan campur susu dengan ayam dan ikan..







Mama papa mengidam nak makan koey teow sup dan laksa di Old Town.. So, mama bawa oat Rayyan ni sebagai bekal. Rayyan pun boleh mamam juga di sana. Takdela Rayyan tengok je mama papa makan kan.. Hehe..








- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: