Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, March 3, 2013

Sup Ayam with Broccoli untuk Rayyan..



Assalamualaikum..


Pagi semalam yana buatkkan Rayyan rolled oats lagi. Guna otas yang dah direndam 24jam.. Kali ni success sebab oats dah tak cair macam masa mula2 buat dulu.. Hehe..




Yana masakkan Rayyan rolled oats with butternut squash pumpkin & prune.. Semangkuk ni habis licin Rayyan mamam.. Hehe..


Lunch pula yana masakkan Rayyan Sup Broccoli mamam dengan bubur..
Broccoli kaya dengan provitamin A atau karotenoid, vitamin E, asid folat dan vitamin C.






Bahan2:

Garlic
Isi ayam
Homemade stock ayam
Celery
Leeks
Homemade puree broccoli
Unsalted butter






Cara2:

Tumis garlic dalam unsalted butter
Masukkan ayam dan stock ayam
Masukkan puree broccoli
Last sekali masukkan celery dan leeks..
SIAP!!

Boleh masukkan dalam bubur bila nak serve pada baby. Yana kisar kasar dulu. Yana still kisar sebab takut lagi nak bagi Rayyan mamam seketul2 macam tu sebab Rayyan baru 8mth dan gigi ada berapa ketul je. Hehe..



Sebelum dikisar kasar..






Kajian terbaru mengambarkan dengan lebih spesifik bahawa broccoli mampu mengurangkan risiko gangguan pencernaan pada usus, perut kembung dan juga kanser usus.. Dalam satu kaji selidik di Jepun menunjukkan bahawa dengan makan 70gram broccoli segar setiap hari selama 2 bulan dapat melindungi manusia daripada bakteria perut yang dikaitkan dengan penyakit ulser, gastrik dan kanser usus. Zat yang paling penting dalam broccoli yang boleh mencengah gastrik adalah sulforaphane yang juga mampu meningkatkan enzim hati..


Broccoli ni antara sayur favorite mak yana.. Mak buat sebagai snek je sambil tengok tv.. Mak rebuskan broccoli tabur sikit black pepper, makan macam tu je. Sebab tu mak sentiasa slim awet muda. Heee.. Love u mak :)


- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: