Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, November 6, 2010

Cinta yang Halal


Assalamualaikum..

Mesti semua orang pernah dengar lagu ni kan  For The Rest of My Life dari Maher Zain. 1st time yana dengar, memang rasa touching sangat. Terus ajak hubby dengar sama.. Syahdu je lirik dia.. hehehe..



 Source: Google


Lagu tu lebih sesuai kepada orang yang dah kahwin ye.. Sebab ia lebih ke arah Cinta yang Halal. Apa itu cinta yang halal? Cinta yang halal selalunya lahir selepas ijab dan qabul. Dua jiwa dipertemukan oleh Allah s.w.t dalam satu ikatan mulia iaitu pernikahan. 


 Firman Allah s.w.t:

" Kahwinkanlah anak teruna, anak dara di kalangan kamu dan juga orang-orang yang soleh di kalangan hamba-hamba kamu sama ada lelaki atau perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya) lagi Maha Mengetahui." 
 (Surah al-Nur:32)


Rasulullah s.a.w juga telah bersabda yang maksudnya:

"Apabila seorang hamba berkahwin sebenarnya dia telah menyempurnakan separuh dari urusan agamanya. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah bagi separuh urusan lagi."
 (H.R al-Baihaqi) 


Jika sudah cukup  syarat, kahwinlah.. Jangan tunggu lama-lama lagi tau. Perkahwinan adalah satu dari fitrah manusia. Malah, ikatan perkahwinan sangat dipandang mulia dalam Islam. Seorang isteri selepas di akad nikah secara sah akan terikat dengan suaminya. Dia akan berada di bawah jagaan dan perlindungan suaminya. Begitu juga pada pihak suami, perlulah memegang tanggungjawab dan amanah itu dengan sebaiknya.



Akad nikah Dato' Ct dan Datuk K


Cinta yang halal selepas berkahwin adalah lebih baik dari cinta sebelum kahwin. Kasih sayang yang dipupuk antara suami isteri bukan sahaja membahagiakan tetapi juga ada pahalanya di situ. Misalnya, berpegangan tangan di antara suami isteri pun, telah gugur segala dosa dari celah jari. Kalau berpegangan tangan sebelum kahwin, haram kan? 




Malahan, bila dah kahwin, saat kita susah atau senang. Ada orang bersama kita. Kalau kita jatuh, ada bahu untuk bersandar. Tengok uncle dengan aunty kat gambar atas.. Loving couple je walau dah veteran..  Gambar tu yana google je.. Kalau belum berkahwin, tak boleh sandar-sandar..Haram tau..


Melalui perkahwinan juga, kita akan dapat menambahkan umat Muhammad dengan cara yang halal. Malahan dapat mengurangkan jenayah buang anak yang semakin teruk sekarang. 



Yana rasa marah sangat bila tengok orang yang sanggup buang bayi yang  tak berdosa tu . 

Di luar sana, ramai pasangan suami isteri yang masih ternanti-nanti hadirnya si kecil pengikat kasih sayang di antara mereka. Yang dah dapat, sanggup pula pergi buang. Sebab tu agama kita melarang cinta sebelum aqad. 


Pada dara dan teruna di luar sana.. Peliharalah adab di antara kamu berdua. Peliharalah iman, akhlak dan  akidah supaya kamu dapat bertemu dengan pasangan yang baik-baik.

 Firman Allah s.w.t:

"Perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."
(24:26)


Pada pasangan yang telah menemui cinta yang halal. Pupuklah cinta itu dengan kasih dan sayang. Peliharalah cinta itu sehingga ke pintu syurga.  Pada suami.. sayangi dan bimbinglah isterimu.. Pada isteri.. cinta dan taatlah pada suamimu.  



 Source: Google


Wallahualam..


Ok, banyak lagi yana bebel.. Jom kita tengok lagu FOR THE REST OF MY LIFE By Maher Zain.. The best song ever..



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you
Loving you...

For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I'll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife/husband and my friend and my strength *
And I pray we're together in Jannah
Now I find myself so strong 
Everything changed when you came along

I know that deep in my heart now that you're here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singging loud that I'll love you eternally

Credit to: Maher Zain
(For The Rest of My Life)


Ps: Dedicate this lovely song to my beloved hubby, Syahir.. :)
It's very super nice song by Maher Zain.. The lyric so meaningfull. 
Really touched.. 
I got breathless the moment when he sang
"You're my wife/husband and my friend and my strength 
and i pray we together in Jannah.." MasyaAllah.. 

I'll thank Allah for having you in my life syg.. Love you :)



6 comments:

nur Iman abDUL said...

luv this song too..n all maher zain's songs..huhu..

lots of massages..

btw,luv ur blog..keep on writing..!!:)

~ L.Y.A.N.A~ said...

nur iman abdul > TQ so much :)

Asma Jalalyna said...

nice... =)

sekamar rindu said...

salam...

suka entri awak....cinta yg halal dan diredahi allah swt sangat kita dambakan..

mohon follow ur blog

~ L.Y.A.N.A~ said...

sekamar rindu > silakan :)

simply nana said...

memang suka lagu2 maher zain...