Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, November 20, 2010

Fenomena Fesyen Muslimah Hari Ini


Assalamualaikum..

Kalau kita lihat di sekeliling kita sekarang.. Dah semakin ramai muslimah yang memakai tudung. Alhamdulillah.. Ini suatu perkembangan yang baik. Walau bagaimanapun.. kebanyakan dari tudung yang dikenakan tidak benar-benar mengikut kehendak syariat. Semuanya disebabkan trend dan fashion tudung yang ada pada zaman sekarang tidak benar-benar menutup aurat secara sempurna.




Source: Google


Kebanyakan yang dapat dilihat pada zaman sekarang.. Fashion tudung yang pendek, jarang, yang menampakkan rambut dan macam-macam lagi lah. Tudung yang diselempangkan, tudung yang dililit dan tudung yang dimasukkan ke dalam baju akan menampakkan bahagian dada. Tapi fashion ni la yang famous sangat pada zaman sekarang. Ramai muda mudi kita yang memakai fashion sebegini dengan alasan ia lebih mudah, ringkas dan kemas. Malah boleh buat macam-macam style.. Tapi fashion sebegini jelas mendedahkan dada.


Allah s.w.t berfirman:

" Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.." (An-Nur:31)
 


Yana pernah masuk satu butik tudung yang agak famous sekarang.. Yana pernah tanya owner dia, yana suka sangat jenis-jenis tudung yang ada di butik tu. Tapi tudung-tudungnya semua di atas paras dada. Yana minta supaya lepas ni, buatlah design yang sama tapi labuh menutup dada. Bolehlah yana beli.. Tapi owner tu diam terus..


Ermmm... Susah sangat ke nak buat design tudung yang labuh menutup dada? Takut tak laku ke??  Boleh rujuk sini, mengenai hukum menjual tudung tak sempurna tutup aurat..


Selain itu, kebanyakan yang memakai tudung pada zaman sekarang sering mengenakan pin di belakang tudung. Apakah fungsi pin tersebut? Untuk bagi kedudukan tudung lebih terletak atau lebih kemas? Yana tak tahu apa fungsinya sebab yana tak pakai macam tu. Cuma bagi yana, pemakaian tudung seperti itu lebih menampakkan bentuk leher kita. Bukankah segala bentuk dari tubuh kita perlu disembunyikan kerana ia adalah aurat..


Satu lagi perkara yang benar-benar di kesali adalah cara pemakaian muslimah zaman sekarang. Kebanyakan yang memakai tudung tapi masih memakai shortsleeves, pakai baby-tee.. Malah ada yang memakai leggings.. Ada sesetengah tu, bertudung..bajunya longgar, tapi dikenakan dengan legging. Walaupun leggings tu menutup kulit/aurat, tapi ia menampakkan bentuk kaki. Cuba baca blog ni, agak menarik penulisannya mengenai leggings.


Bila jalan-jalan di shopping mall.. Ramai betul perempuan zaman sekarang yang tak bertudung dan bertudung mengenakan leggings. Ada leggings yang biasa dan ada yang nipis. Bayangkan bagaimana keadaan lelaki apabila memandangnya, bukankah menambahkan dosa zina mata pada mereka dan juga dosa tidak menjaga aurat pada si pemakai? Jom baca sini mengenai pemakaian seksi: suatu hak kebebasan peribadi?


Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:

Asma Binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakai tipis. Maka Rasulullah berpaling daripadanya dan berkata kepadanya:

" Wahai Asma! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bahagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini. Kemudian Rsulullah menunjukkan wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Raab selain-Nya." .


Selain itu, Rasulullah s.a.w juga melarang wanita-wanita muslimah dari memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Bukankah leggings itu ketat sehingga menampakkan bentuk kaki? Bukankah segala bentuk dari tubuh badan kita adalah aurat?


Usamah Bin Zaid pernah berkata:

Rasulullah s.a.w pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun, aku pakaikan kepada isteriku. Nabi bertanya kepadaku:

" Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah?" 
 Aku Menjawab: " Aku pakaikan baju itu pada isteriku." 
Rasulullah s.a.w lalu bersabda:
" Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, kerana saya khuatir baju itu akan menampakkan bentuk tulangnya."
(Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadith Al-Mukhtarah 1/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan Sanad Hasan)


Oleh itu, sebagai seorang muslimah.. Kenakanlah hijab dan pakaian yang telah ditetapkan oleh syariat. Janganlah hanya mengikut trend sehingga mengenepikan apa yang telah diwajibkan untuk kita. Pada ibu bapa.. didiklah anak gadis sedari kecil mengenai aurat. Pada para suami.. bimbing dan nasihatlah isterimu mengenai aurat.


Allah s.w.t berfirman:

" Wahai nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."  (Al-Ahzab 33:59)

  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _@@@@ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _



Source: Google
Yana tak tau nak panggil ni tudung atau topi. 
Tapi, ini bukanlah cara pemakaian hijab yang betul. 
Masih kelihatan bahagian dada dan juga leher..




Source: Google
Fashion ni memang agak famous sekarang.
Sayang sekali ia hanyalah menutup bahagian rambut sahaja.
Sedangkan bahagian dada dan leher jelas kelihatan..




Source: Google
Sorry Siti.. saya memamg minat siti..
Tapi saya tak sokong trend tudung kamu..




Source: Google
Kan manis dan ayu lagi sopan kalau Siti pakai macam ni..
Peace :)



Ok, panjang sangat pula entry malam ni. Jom tengok gambar bawah ni.. 
Hijab vs Not Hijab..



Source: Google


Wallahualam..

ps: Hanya manusia biasa yang penuh kekhilafan.. Jika ada salah dan silap harap diperbetulkan.. Sma-samalah kita ingat mengingati.. :)


3 comments:

zEeQa ~ aJiE said...

setuju. :)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

setuju jugak!
hehe....byk sgt dah langgar syariat,kan. ikut syariat, hidup kita selamat.

mumumeow said...

ramai yg dh tau tpi wat2 tak tau..menyedihkan... =(