Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, November 28, 2010

Dinner Malam Ini.. nyam nyam


Assalamualaikum..


Tengahari tadi yana dengan hubby makan di luar sebab kitaorang takde di rumah. Petang baru kitaorang sampai rumah. Lepas Asar yana pun mula masuk dapur nak masak untuk dinner. Yana ni selalu problem bila fikir nak masak apa.. hehehe..


Selepas dah belek apa yang ada dalam freezer, yana decide nak buat Rasam Telur campur bendi, Sambal Tumis Udang petai dan Siakap masam manis. Nyam..nyam..



Siakap Masam Manis, Rasam Telur campur bendi
dan Sambal Tumis udang petai..



Kali ni, yana terlupa nak snapkan gambar untuk setiap step macam selalu buat. Dah hampir masak baru teringat.. hehehe.. Ok, yana sertakan resepinya.. Jom tengok..


Rasam Telur Campur Bendi:





Rasam ni adalah salah satu dari makanan orang India. Ia adalah sejenis sup dari South India. Yana suka makan rasam yang mak yana buat. Resepi ni pun mak yana yang ajarkan dulu.. Rasanya, orang dalam pantang pun boleh makan rasam. Cuma jangan pecahkan telur la.. Senang je nak masak ni. Ok, jom tengok resepi ni.


Bahan-bahan:

  • Dua biji telur
  • Bawang besar dua labu
  • Bawang putih 5 ulas
  • Jintan putih
  • Lada hitam
  • Halia
  • Bendi
  • Buah tomato (potong dadu)
  • Daun kari
  • Tiga tangkai cili kering
  • Air asam jawa (kalau nak masam, lebihkanlah asamnya)
  • Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup

Cara-caranya:

  1. Kisarkan selabu bawang besar bersama bawang putih, jintan putih, lada hitam, halia dan sedikit serbuk kunyit.
  2. Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga agak kekuningan
  3. Masukkan air asam jawa
  4. Selepas kuah mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur ke dalamnya
  5. Di kuali yang lain, tumis selabu bawang besar yang dihiris bersama cili kering dan daun kari (yana kehabisan stok cili kering dan daun kari, sebab tu tumis bawang je..hehehe)
  6. Apabila bahan tumis dah garing, masukkan ke dalam kuah rasam tadi
  7. Masukkan bendi dan tomato yang dipotong dadu
  8. Jangan lupa masukkan garam  +gula.. dan SIAP.. :)


Siakap Masam Manis:





Ikan siakap ni memang best kalau digoreng garing-garing atau di kukus atau di masak tiga rasa atau masam manis kan? Kali ni, hubby yana request siakap masak masam manis.. Jom tengok resepinya..


Bahan-bahan:

  • Ikan siakap
  • Garam + kunyit

Bahan untuk kuah:
  • Bawang besar selabu
  • Halia
  • Carrot (dipotong memanjang)
  • Nenas (dipotong kecil)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Cili Merah (dipotong nipis)
  • Dua sudu besar cili boh
  • Dua sudu besar Sos Tomato
  • Tiga sudu besar Sos Cili
  • Satu sudu Kicap Pekat

Cara-caranya:
  1. Ikan siakap di lumur garam + kunyit dan digoreng garing 
  2. Di kuali lain, tumis bawang merah dan halia sehingga kekuningan 
  3. Masukkan cili boh + sedikit air 
  4. Apabila agak pecah minyak, masukkan sos tomato, sos cili, kicap pekat dan air 
  5. Masukkan Carrot, Tomato, Nenas dan cili merah 
  6. Jangan lupa masukkan Garam + Gula..  
  7. Setelah siap, tuangkan ke atas ikan siakap yang digoreng tadi dan SIAP :)   


Sambal Tumis Udang Petai:



Maaf gambar tak clear..


Mesti ramai yang suka sambal tumis udang petai kan. Buktinya, bila pergi kedai makan je mesti senang nak jumpa menu ni.. Nak masak pun senang je.. Buah petai ni dipercayai bagus untuk merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi.. Tapi, baunya.. haruslah kan? hehehe..


Bahan-bahan:

  • 300gm Udang (selalunya yana gunting separuh je kepalanya dan buang ekornya. Kalau buang semua nanti hilang manisnya) 
  • Buah petai (yana beli yang dah siap dikupas, ada je dekat Jusco) 
  • Dua Ulas bawang besar 
  • Belacan 
  • Lima sudu besar cili boh 
  • Air asam jawa


Cara-caranya:
  1. Kisarkan selabu bawang besar bersama belacan
  2. Tumiskan bahan kisar tadi sehingga kekuningan
  3. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak
  4. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa
  5. Masukkan petai
  6. Masukkan udang (jangan masak udang terlalu lama, nanti isinya keras)
  7. Jangan lupa Garam + Gula dan.. SIAP :)


Ok, ni menu bila yana rajin.. Macam-macam nak masak. Bila kurang rajin, sejenis dua je yana masak.. hehehe.. Kadang-kadang yana dengan mr.hubby suka makan di luar juga. Tapi, best sangat bila dapat masak untuk hubby. Walaupun sangat sibuk dengan kerja tapi rasa puas sangat bila tengok hubby berselera makan. Jangan lupa, ada juga pahala bagi isteri-isteri yang menyediakan makanan untuk suami dan juga anaknya.. Air tangan isteri tu dapat menambat hati suami.. hehehe.. :)



" SELAMAT MENCUBA"


9 comments:

nur Iman abDUL said...

salam..

fuhh..mcm sedap..
dtg bljar masak kat cni..:)

::iniainithemovie::: said...

wuhh sedapnyerr :))

Rosliza Roslan said...

dtg jenguk.

Ash Ralf said...

Uish...kna gtw kt mak nieh!!

simply nana said...

wah byknya yana msk..utk brape org mkn nie..he3..tp nmpk gambar cm sedap la yana, yana memang pandai msk..

~ L.Y.A.N.A~ said...

nana > ni bila mood terlebih rajin yana dtg.. msk tak ingat2 padahal yana dgn hubby je nak makan.. hehehehe.. lps tu kena masuk dlm freezer sbb tak hbs.. huhuhu..

.::: Princess MOMOY :::. said...

jadi lapar plak ...hehe...

Far8 budak baik said...

betol ckp momoi tuuu..
lapar terussss..nak nak!!

THE LEKAT LEKIT STORY said...

baru 1st time tgk masakan bernama Rasam.. kekekekeke