Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, November 28, 2010

Ngangkung dan Harry Potter


Assalamualaikum..


Semalam yana dengan hubby pagi-pagi dah keluar dengan tujuan nak tenggok Movie Harry Potter and The Deathly Hallows part 1. Yana ni memang peminat cite Harry Potter. Sejak awal filem tu keluar yana dah follow. Novel dia pun yana beli.. Tapi geramnye bila tau  filem ni ada part 1. Nak tunggu part 2, memang bertahun pula la... Tak sabar nih..hehehe..


Ok, bila sampai je.. Tengok, show yang pagi dan tengahari memang dah FULL.. yang untuk midnight show pun FULL. Dasyat tol.. Frust jugala yana..huhu.. Yang tinggal hanyalah tiket pukul 5:30PM.. Kitaorang ambil je la.. Tu pun dapat seat yang agak depan.


Filem Ngangkung..


Bincang dengan hubby.. "Apa kita nak buat ni sementara tunggu 5:30 pula" hehehe.. Lambat lagi tu.. Alih-alih terpandang satu poster yang agak menarik.. Filem Ngangkung.. Tengok para pelakon filem tu banyak muka-muka dari filem Adnan Sempit yang best tu.. Tengok pula show pukul 1:45PM.. Apa lagi, terus kitaorang beli tiket.. hehehe..



Source: Google


Ok, yana ni tak pandai nak buat review filem. Apa pun, bagi yana filem Ngangkung boleh tahan best. Sebuah cerita komedi seram. Tau kan apa makna ngangkung? Ngangkung ni adalah satu perbuatan memuja untuk mendapat nombor ekor. Ermm... syirik kan perbuatan tu. So, pada sape-sape yang masih mengamalkan amalan ni, eloklah tengok filem ni sebagai pengajaran. Banyak lagi cara untuk kita cari rezeki dari sumber yang halal..





Ok, berbalik kepada filem ni. Ia mengisahkan mengenai tiga sahabat yang dibintangi oleh Shaheizy Sam sebagai Azim, Azad Jazmin sebagai Tasnim dan Angah Raja Lawak sebagai Hamidah. Mereka adalah sahabat yang tinggal dalam satu kampung dengan keluarga masing-masing.



 Source: Utusan Online


Tasnim dan Hamid ni memang 'kaki ekor'.. Diaorang memang selalu mengangkung. Azim ni pula, tak hiraukan sangat perbuatan sahabat-sahabat dia yang dua orang ni. Sehinggalah satu hari, bila ekonomi keluarga dia semakin teruk. 


Dia pun terpengaruh dengan aktiviti kawan-kawannya itu. Akhirnya dia turut terlibat dengan aktiviti ngangkung. Macam-macam bomoh diaorang jumpa untuk mengangkung bagi dapatkan nombor ekor. Yang dalam gambar ni watak bomoh dipegang oleh Lan Pet Pet. Masa diaorang mengangkung ni agak best juga sebab bukan saja seram tapi lucu.. Jenuh gelak masa ni.. hehehe..



Bila dah mula mengangkung, macam-macam kejadian pelik berlaku pada diaorang. Kalau nak tau macam-macam kejadian tu, kenalah pergi tengok kan.  hehehe.. 


 Yang dalam gambar ni, salah satu darinya lah. Hamidah diganggu oleh lembaga yang bagi nombor pada diaorang tu.


Azim dan Tasnim pun tak terlepas dari diganggu. Malah, anak isteri diaorang pun kena ganggu juga.


Dalam filem ni, selain dari lucu dan seram pelbagai pengajaran kita boleh dapat akibat dari aktiviti mengangkung ni. Aktiviti ni bukan saja syirik, malah boleh menghancurkan keharmonian sebuah keluarga disebabkan dari perbuatan menjudi. Beli nombor ekor tu kan judi. Bila dah ketagih dengan judi, campur pula dengan aktiviti memuja benda-benda tak elok untuk mendapatkan nombor ekor, macam-macam lah yang akan jadi dalam keluarga. Dari seorang ayah yang penyayang, boleh bertukar menjadi seorang yang panas baran. 



Source: Google


Ok, nak tau apa yang jadi dengan diaorang bertiga ni. Sama ada insaf ke tak.. kaya ke tak... Jom tengok filem ni.. Sokonglah filem tempatan..



Harry Potter and The Death Hallows Part 1



Source: Google


Wahhh.. filem yang ditunggu-tunggu dah muncul.. Bagi yana..filem Harry Potter semua best dan tak pernah mengecewakan. Pada siapa yang ikut filem ni dari awal, akan faham jalan ceritanya. Tapi, yana pun kadang-kadang terlupa sesetengah watak yang disebut sebab lama dah filem ni tak keluar. 



Filem ni bermula apabila Harry, Ron dan Hermione berangkat untuk misi berbahaya bagi mengesan dan menghancurkan rahsia keabadian Voldemort dan penghancuran Horcruxes. Kali ni, mereka buat semua sendiri tanpa bimbingan dan bantuan dari guru-guru mereka atau dari Profesor Dumbledore.


Perjuangan mereka bermula apabila ketiga-tiganya serta Order of The Phoenix mengawal Harry semasa meninggalkan keluarga Dursley untuk ke rumah yang lebih selamat. Masa ni menarik juga sebab beberapa orang dari mereka kena minum potion untuk menyerupai Harry. Tujuannya supaya Voldemort keliru untuk mengenali Harry yang sebenar. 



Source: Google


Dalam perjalanan tu, mereka diserang oleh Death Eater dan Lord Voldemort yang jahat tu lah.. Semasa diserang tu, Harry selamat.. Tapi, Hedwig dan Mad-Eye terbunuh. Harry agak kecewa apabila mereka mati disebabkan dia.. Sedihnye bila Hedwig yang comel tu pun mati semata-mata melindungi tuannya, Harry.. Tapi suka part diaorang dalam perjalanan tu sebab suspen sangat.



Ok, Lepas tu.. Harry, Ron dan Hermione pun tiba di The Burrow dengan tujuan untuk menunggu Magic Rufus Scrimgeour datang bagi memberikan mereka wasiat dari Dumbledore. 



Source: Google


Ron dapat Deluminator iaitu benda yang boleh memberi cahaya di tempat yang gelap. Lebih kurang ala-ala torch light. Cuma lagi canggih la.. hehehe.. Hermione dapat buku kanak-kanak 'The Tales of Beedle the Bart'. Tapi, ni bukan sebarang buku tau. Harry pula mendapat dua barang iaitu Snitch, yang sejenis bola masa dia main Quidditch dulu dan Godric Gryffindor's Sword. 



Pedang ni adalah peninggalan sejarah yang terpenting. Pedang tu sepatutnya diserahkan pada Harry, tapi ia telah hilang. Dalam movie ni.. banyak mengisahkan Harry mencari balik pedang tu dan juga Horcrux. Harry adalah harapan untuk mencari Horcrux sebelum Voldemort menemuinya. Macam-macam rintangah lah dia kena lalui dalam pencarian tersebut, tambahan pula masa ni Kementerian Sihir telah jatuh ke tangan Voldemort. Malah Hogwarts pun telah ditakluki juga. Masa ni, dunia sihir telah menjadi tempat yang paling berbahaya terutamanya pada Harry Potter yang terus diburu oleh Voldemort.



Source: mail online

Kali ni pun, dari segi friendship diaorang banyak yang tergugat. Semuanya disebabkan mereka perlu bergantung sesama sendiri dalam mission kali ni tanpa bantuan dari guru-guru mereka dahulu. Ada satu part Harry dan Ron bergaduh sehingga Ron tinggalkan kawan-kawannya.. Adakah Ron akan kembali dan join mereka semula? Kenalah tengok.. hehehe..



Suka juga part ni.. Hermione yang ada hati pada Ron merajuk dan marah bila Ron tinggalkan diaorang..

 Sepanjang hari dia moody je.. Asyik termenung je..

 As a friend, Harry cuba happykan Hermione dengan mengajaknya menari.. Lucu juga time tengok diaorang menari ni.. Comel sangat.. hehehe..





 Part ni pun yana suka.. Tau sape perempuan blonde hair baju ungu tu? Tu la Hermoine.. Yang lelaki kat belakang tu pula Ron..  Agak suspen dan lucu juga part ni.. hehehe..


Time ni, diaorang minum potion untuk menyamar sebab tak mahu dikenali sebab Harry sedang diburu.. Masa ni kesan potion tu dah hilang pada Harry menyebabkan dia kembali ke rupa asal.. Apa lagi.. semua yang nampak Harry kejar mereka..


Kalau nak cerita sampai habis memang panjang lebar lah.. Kena pergi tengok sendiri lah cerita ni.. hehehe.. Memang best lah.. Yana tak sabar nak tunggu part 2 keluar.. Cepatlaaahhh... :)


Ok, jom layan gambar-gambar Harry Potter ni... Semua ni yana dapat dari Mr.Google..




Diaorang dah jadi kawan ke? hahahaha..
Voldemort dah ada hidung.. hahaha..
Ni semua behind the scenes ok.. hehe





hahahahaha... Dua orang musuh ketat dah berbaik ke? :p





hahahahaha... :p



ps: jangan pergi tengok wayang berdua-duaan kalau bukan mahram ye.. sekadar ingat- mengingati sesama kita.. peace :)



3 comments:

NabiLLa NaSir said...

belum dapat tgok harry potter lagi. tgh sibuk exam. huwaaaa ;(

~ L.Y.A.N.A~ said...

hehehe.. takpe dik.. hbs exam boleh tgk..selalunya, tygn utk harry potter ni lama..

penaberkala said...

tu dia, dua2 movie skali gus
ni baru namanya moviemaniac

tp, seriously, dua2 movie ni best
HP 7 yg agak menarik utk dinantikan kesudahannya
dan NGANGKUNG yang sah2 lawak dan best sampai nk pecah perut duk asyik gelak