Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, November 3, 2010

Jom Menulis

Assalamualaikum..

Rasanya, dah berapa hari yana tak update topik apa-apa.. Banyak sangat kerja, sampaikan hilang idea nak menulis. hehehe.. Jangan kata hilang idea untuk menulis blog, kadang-kadang yang lebih parahnya bila hilang idea nak menulis tesis... jenuh..jenuh..






Masa yana form 6 dulu, yana minat sangat dengan penulisan. Kalau ada pertandingan menulis cerpen ke, sajak ke, mesti yana masuk. 

Kadang-kadang, kawan yana masuk pidato, forum.. Skripnya yana yang tulis.. huhu.. 

Tapi, setakat itu sajalah.. kadang-kadang buntu juga nak tulis apa. Nak buat ayat puitis.. lagilah susah.. Yana tak sepandai fida aishah dalam menulis.. huhuhu.. Apa cite ye dengan blogger yang famous tu? Ermm..keluar topik pula..

  
Tapi, bila melangkah masuk alam universiti, yana dah kurang dengan bab-bab penulisan ni sebab sibuk dengan kelas dan pelbagai aktiviti. Mungkin hanya diterjemahkan dalam assignment dan tesis dengan gaya yang lebih formal. Bila dah kerja dan kahwin, lagilah kan.. Berpuisi sajak dengan hubby je la..hehehe


Ingat lagi kata-kata dari Winston Churchill "Pena lebih tajam dari mata pedang". Manakala Napoleon Bonaparte pula berkata, "Saya lebih takut pada sebuah pena dari seratus meriam." Walaupun kita tukarkan pena itu menjadi keyboard. Tapi sama saja, ia berkaitan dengan penulisan. 


Menulis ni menyeronokkan kalau kena gayanya. Apapun, hasilkan penulisan yang boleh mendatangkan manfaat kepada pembaca. Bukannya penulisan yang boleh meruntuhkan sesuatu tamadun.




Sekarang dah ada blog, semua orang boleh menulis. Blog ni ada faedahnya juga kalau di manfaatkan betul-betul. Blog adalah satu medium untuk kita menulis, berkongsi pelbagai ilmu dan meluahkan segala rasa. Tapi, biarlah betul dengan caranya.

Yana didedahkan dengan dunia blog semasa master. Kata pensyarah yana dulu, melalui blog dapat mengajar kita cara menulis. Tambahan bila dah masuk dalam dunia master dan PhD, di mana kita perlu banyak menulis. Bukan sahaja tesis, tetapi kertas kerja untuk seminar, jurnal dan macam-macam lagi.

Ok, Dah banyak yana membebel. hehehe.. Apa yang yana nak sampaikan ialah cara kita menulis terutamanya di dalam blog di mana ribuan malahan jutaan orang yang akan membacanya. 


Berhati-hatilah dalam melakar pena di atas kanvas... cewahh.. Jangan kita hasilkan penulisan yang berlandaskan emosi tanpa ilmu. Fikir sebelum menulis.. Pastikan hasil penulisan itu dapat memberi manfaat kepada pembaca. Tak banyak, sikit pun jadilah. Jangan kita hanya menulis kosong dan ke laut.. huhuhu..





Pada para remaja juga, berhati-hatilah ketika menulis sama ada di blog, Facebook atau Twitter. Parent pun harus pantau apa yang anak-anak buat depan komputer. Jika silap menulis, banyak kesannya nanti.

Kalau kita tengok di Facebook misalnya, banyak yang dah jadi akibat dari  menulis tanpa berfikir. Mulalah akan wujud group yang menentang owner tu. Baru-baru ni pun kita digemparkan dengan blogger yang menghina Almarhum Baginda Sultan Johor, Al-marhum Sultan Iskandar ibni Al-marhum Sultan Ismail.

Perkara macam ni terjadi disebabkan, menulis berlandaskan emosi dan bukannya akal.




Yana sendiri pun tulis macam-macam benda. Yana lebih suka menulis dengan cara santai. Kadang-kadang ada juga yang serius. Tanamkan niat masa mula-mula create blog tu, yang tujuannya adalah untuk kebaikan. Kadang-kadang nak merepek boleh je, tu blog masing-masing kan. Dalam-dalam merepek tu, selitkan juga mesej. 

Apa-apa pun, Think before you write.. Ok la.. dalam takde idea tu, berjela juga jadinya.. huhu..
 
Wallahualam..


ps: Sama-samala kita ingat-mengingati.. :)


2 comments:

simply nana said...

salam...saya sokong dengan yana, fikir dulu sebelum menulis..saya suka bc n3 yana, lg satu.ayat yana semua full, tak de short cut2..lepas ni, saya pun akan mengubahnye...teme kasih yea.sharing is caring

~ L.Y.A.N.A~ said...

TQ nana.. dekat2 pula nama kte..hehe..kdg2 ada jg yg short cut.. yg entry serius2 je tulis full..hehehe