Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, November 11, 2010

Pelancaran Proton Inspira


Assalamualaikum..


Ingat lagi masa mula-mula dulu, Tun M kita ada memberi cadangan untuk mengeluarkan kereta buatan anak tempatan. Ramai yang tertawa masa tu.. Memikirkan sama ada anak tempatan kita mampu atau tidak mengeluarkan kereta buatan sendiri. 


Namun, kita akhirnya berjaya mengeluarkan kereta tempatan pertama pada Januari 1989 iaitu Proton Saga. Selepas itu, kita tak berundur ke belakang lagi dan terus maju mengeluarkan lebih banyak kereta tempatan. Malahan, kereta tempatan yang dikeluarkan hari ini semakin menampakkan peningkatan dan kemajuan dari segi reka bentuk, enjin, keselamatan dan sebagainya.


Dan baru-baru ni, Malaysia sekali lagi melancarkan kereta terbaru keluaran Proton iaitu Proton Inspira. Jom kita tengok gambar-gambar yang yana dapat dari Mr.Google.. Gambar-gambar semasa pelancaran Proton Inspira..




Cantik kan Proton Inspira ni.. Nak beli la.. hehehe..




Ni pandangan sisi Proton Inspira.. Memang cun la :)














Empat beg pun boleh muat.. 



Ok, tunggu apa lagi.. Jom kita sokong produk Malaysia..


1 comment:

.:reine:. said...

cantek kaler keta tu..hee